Kesan Buruk Cara Duduk ‘ W ‘ Yang Ramai Terlepas Pandang

KITA selalu lihat anak kecil termasuk anak sendiri duduk dengan kaki lipat ke belakang seakan bentuk W ketika bermain di lantai.

Ia dianggap biasa pada anak yang berusia dua tahun ke bawah. Tapi sekiranya cara duduk begitu menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua tahun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.

KESAN BURUK CARA DUDUK ‘ W ‘

Cara duduk ini akan menambah tekanan di bahagian bawah tubuh anak hingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.

Bila anak duduk dalam keadaan ini mereka akan jadi selesa yang mana otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi.

Sebaliknya mereka menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini.

KESAN BURUK CARA DUDUK ' W '

Ia juga mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali anak hinggga boleh mengundang masalah hip dislocation yakni masalah kedudukan sendi pinggul.

Antara kesannya adalah menjejaskan cara anak berjalan dan juga menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan.

Kekerapan anak duduk dalam bentuk W ini juga boleh memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan.

KESIMPULAN

Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan. Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber: 1001petua

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*