Miera sah jadi isteri Rosland

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon, Miera Leyana, 27, selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Rosland Othman, 40-an di sebuah hotel terkemuka, di sini, jam 8.45 malam tadi.

Dengan sekali lafaz, ahli perniagaan, Rosland Othman bergelar suami Miera Leyana. - Foto Ihsan The Affiliates
Dengan sekali lafaz, ahli perniagaan, Rosland Othman bergelar suami Miera Leyana. – Foto Ihsan The Affiliates

Miera dan Rosland dinikahkan oleh bapa Miera, Datuk Seri Kasmi Arsat. Pada majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat, pelakon drama Memori Cinta Suraya itu menerima mas kahwin berjumlah RM100.

Mengangkat tema klasik dan moden, Miera kelihatan anggun dengan busana putih perak di sisi suami yang turut mengenakan persalinan rona sama, rekaan pereka fesyen, Rizman Ruzaini, manakala pelamin, dekorasi dan perunding perkahwinan oleh The Calla.

Miera berkata, dia dan suami bersyukur pada Allah SWT akhirnya disatukan sebagai suami isteri yang sah.

“Saya mengucapkan terima kasih atas doa dan restu dalam penyatuan dua hati ini.

“Secara jujurnya, saya tak sangka, daripada teman baik kini menjadi suami saya. Kami memang tak beriya-iya bercinta seperti pasangan lain, cuma saya menyenanginya sebagai rakan.

“Saya dan suami sudah lama saling mengenali, sejak empat tahun lalu. Kali pertama kami bertemu ketika menghadiri sebuah majlis pelancaran,” katanya kepada BH Online.

Aktres yang pernah diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu berkata, dia terkejut apabila suami meluahkan isi hati dan melamarnya sebagai suri hidup pada Mei lalu.

Miera Leyana dan Rosland Othman mula berkawan baik apabila kali pertama bertemu di sebuah majlis pelancaran produk, empat tahun lalu. - Foto Ihsan The Affiliates
Miera Leyana dan Rosland Othman mula berkawan baik apabila kali pertama bertemu di sebuah majlis pelancaran produk, empat tahun lalu. – Foto Ihsan The Affiliates

“Suami terus bertemu keluarga untuk memberitahu keinginannya memperisterikan saya. Keluarga tiada halangan, malah merestui hubungan kami.

“Persiapan majlis pernikahan dilakukan dalam tempoh tidak sampai sebulan. Kami bernikah dahulu, manakala majlis resepsi akan diadakan bulan depan,” katanya.

Pelakon filem Apokalips X dan Lebuhraya Ke Neraka itu berkata, dia menerima lamaran suami selepas menilai keikhlasannya berkawan selama ini.

“Suami lain daripada yang lain. Karakter kami bagaikan langit dengan bumi, tetapi dia menerima saya seadanya. Dia sangat matang, penyayang dan mengambil berat.

“Itu yang membuatkan kami boleh berkawan lama. Seperti yang selalu saya katakan, saya perlukan lelaki yang memahami jiwa saya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebooksatkobaviral.com

Sumber : BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*