“Saya Tak Percaya Dan Tidak Terkata-Kata,” – Alina Hassan Terima Bantuan Raw4tan Mata Daripada Siti Sarah

Penyanyi Alina Hassan, 52, tidak dapat menahan seb4k selepas bertemu dengan penyanyi, Siti Sarah yang bermurah hati cuba memulihkan masalah penglihatan mata kanannya yang tidak dapat digunakan kerana selaput mata atau katarak di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre, pada Khamis.

Alina ketika ditemui menzahirkan rasa syukur atas rahmat dan rezeki yang diterimanya memandangkan dia sebelum ini turut berikhtiar mengumpul wang demi menyelesaikan mata mata yang dihadapi sejak sembilan tahun lalu.

“Saya tidak percaya dan tidak terkata-kata. Bila dapat mesej daripada pihak pengurusan Sarah, saya tanya betul ke? Sehinggakan saya turut tanya pada rakan, betulkah ini? Sarah memang suka tolong orang, tengoklah rezekinya.

“Ya Allah… Saya rasa bernasib baik dapat kenali Sarah meski hanya menerusi program Mentor Otai tidak lama dulu.

“Rasa bersyukur sangat, gembira tak terkira sebab… Memang saya ada perancangan  untuk ubati masalah katarak mata,” jelasnya.

Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 ini menambah, dia mengalami masalah tersebut pada kedua-dua belah bahagian mata dan sudah pun melakukan r@watan pembuangan katarak pada mata kirinya tiga tahun lalu.

“Kedua-dua belah mata saya alami katarak sekitar tahun 2011 lalu ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC.

“Ketika itu baru perasan mata saya macam ada selaput. Makin lama makin teruk sehinggalah sertai program Kilauan Emas.

“Bila ada rezeki lebih, saya lakukan proses membuang katarak di sebelah mata kiri pada tahun 2017,” katanya kepada MH.

Sementara itu, Sarah yang turut setia menemani Alina pada sesi awal r@watan turut mendoakan agar proses tersebut dipermudahkan.

View this post on Instagram

Alina Hassan menangis sambil memeluk Siti Sarah yang bermurah hati cuba memulihkan masalah penglihatan apabila mata kanannya tidak dapat digunakan kerana penyakit selaput mata atau katarak di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre, semalam 😭😭 . Sarah pernah menjadi mentor kepada Alina di program Mentor Otai. Semoga Sarah sekeluarga dimurahkan rezeki #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Dalam seb4k, isteri kepada Shuib Sepahtu itu turut menyatakan akan kepentingan menjaga pancaindera.

“Semoga urusannya dipermudahkan. InsyaAllah jika penglihatannya lebih baik, banyak perkara lain yang dia boleh lakukan selepas ini. Saya doakan moga dia berjaya dunia akhirat.

“Saya sebak sebab bila melakukan sesi ini dan bertemu dengan Prof Muhaya, kita semua yang berada di sini mungkin akan lebih sedar, betapa pentingnya sepasang mata.

“Dengan matalah kita nak membaca ayat suci al-quran bersama segala kebaikan yang lain.

“Saya doakan prosedur pembedahannya minggu depan dipermudahkan dan moga kesihatannya juga bertambah baik, insyaAllah,” harap Sarah.

Proses r@watan untuk membuang katarak pada mata penyanyi berkenaan akan dilakukan minggu hadapan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*