Johan As’ari Dedah Budak Sekolah 15 Tahun Ajak Kahwin

Lama sudah tidak kedengaran Johan As’ari dikaitkan dengan mana-mana wanita, bagaimanapun baru-baru ini pelakon itu mendedahkan dia banyak menerima lamaran daripada pengikutnya di laman Instagram mahu menjadikannya calon suami.

Lebih mengejutkan, Johan memaberitahu bukan sahaja wanita dewasa melamarnya malah ada dikalangan pelajar sekolah turut mencuba nasib dan berharap dapat menjalinkan hubungan istimewa dengannya.

“Orang biasa ajak kahwin tu biasalah. Tapi ada juga budak sekolah berumur 15 tahun ajak kahwin. Tapi biasalah budak-budak, saya tak layan cuma balas dengan senyuman sahaja.

“Saya anggap itu perkara normal dalam fasa mereka untuk meminati seseorang, nanti apabila dah besar mereka sendiri tahu kawal keinginan. Budak-budak biasalah teruja lebih.

“Saya tak marah atau nasihat mereka sebab takut nanti terasa hati. Bagi saya lebih baik mereka minat artis Malaysia daripada gilakan artis luar dan buat benda lain yang salah,” katanya kepada mStar Online.

Berkongsikan mengenai kerjaya seninya, Johan mengakui berdepan cabaran dalam mengekalkan kariernya selepas hampir 10 tahun bergelar anak seni. Ujarnya dia perlu bijak mempromosikan diri memandangkan ramai muka baru berbakat besar.

“Saya tak rasa diri saya popular tapi saya akui sejak tahun 2013 selama lima tahun kerjaya saya berada di kemuncak. Saya terima pelbagai tawaran back to back dari semua televisyen.

“Lima tahun pertama saya umpama pisang goerang panas dan selepas itu tawaran semakin perlahan. Benarlah kata Datuk Rosyam Nor, saya kena rangka perancangan untuk terus kekal dalam industri,” katanya.

View this post on Instagram

Ruma Kemboja ini diuruskan oleh dua orang kakak saya @naa.zaidan & @fararorocher kini telah di buka untuk sesiapa sahaja yang inginkan kenyamanan boleh cuba menginap di sini. Selain itu ruma Kemboja juga sangat sesuai untuk dijadikan tempat bagi majlis sambutan hari jadi, kenduri kendara mahupun untuk pengambaran filem atau drama. Johan percaya sobat-sobat yang menggunakan perkhidmatan @rumakemboja akan puas hati. InshaAllah.. fully recommended 😊👍👍 @rumakemboja

A post shared by 𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐫𝐫𝐢𝐟 𝐃𝐖 𝐇𝐣 𝐀𝐬’𝐚𝐫𝐢 (@johanarrif_asari) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*