Alhamdulillah Tahniah, Hafidz Roshdi Dan Isteri Timang Cahaya Mata Kedua

Pelakon Hafidz Roshdi memilih nama Umar untuk anak keduanya yang dilahirkan pada 9 September lalu.

Hafidz menerusi entri akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi juga memberitahu maksud nama anak lelakinya itu.

“Alhamdulillah, Umar bin Muhammad Hafidz. Umar nama sahabat Nabi Muhammad S.A.W, maksud yang memakmurkan,” coretnya.

 

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji nama anak aktor tersebut.

“Alhamdulillah tahniah, semoga menjadi anak yang berjaya dunia akhirat,” komen @nadzrilfisol

“Alhamdulillah simple nama dan ada maksud. Tahniah Hafidz dan isteri,” puji @ainaabeau.ieja

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini juga dikurniakan anak pertama, Humairah pada 9 September 2017.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! ]

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*