Baru Jer Kec0h Ada Hubungan Dgn Datuk, Sekali Chacha Maembong Dedah Apa Yg Berlaku Selepas Emma Kahwin

Pelakon Chacha Maembong mengakui kehidupannya kini sunyi selepas kakak yang dianggap sebagai rakan baik iaitu Emma Maembong telah mendirikan rumah tangga.

Menurut Chacha, dia banyak sibukkan diri dengan kerja dan kehidupan sendiri bagi melupakan kesunyiannya.

“Saya rapat dengan Emma, jadi bila dia kahwin, saya dah tiada kawan baik. Tapi benda tu tiada memberikan kesan sebab kita jumpa hari-hari.

“Cuma sekarang bila jumpa, dah lain la sebab bila dah kahwin, automatik kita akan jadi matang. Jadi, dah tiba masanya untuk saya kesunyian,” ulas Chacha kepada Gempak.

Chacha ditemui pada majlis pelancaran Perfect Look hasil kerjasama syarikatnya CM Secrets dan Elysyle di Hotel Armada, Petaling Jaya pada Rabu.

 

 

Tambah Chacha, tinggal dia bersendirian sebagai anak bongsu membuatkan dia mahu berubah dan lebih memikirkan masa depan.

“Saya kan bongsu, jadi bila bongsu masa Emma belum kahwin dulu, kita selalu rasa ada kakak yang mempertahankan bila kita buat hal.

“Tapi sekarang bila sekali balik rumah, semua dah kahwin, memang sunyi. Sedih tapi inilah masanya saya fokus pada hidup dan kerja.

“Dulu saya tak fokus pada hidup. Kini bila sunyi, saya sibukkan diri dengan kerja.

“Keluarga saya semua dah kahwin, saya sorang je yang belum. Jadi bila saya sorang je belum, saya fikir tak boleh main-main dah. Semua dah ada kehidupan masing-masing, saya keseorangan.

“Bila sorang, saya kena jadi manusia yang ada hala tuju, ada masa depan dan fokus pada kerja,” jelasnya lagi.

 

View this post on Instagram

Siapa setuju kalau Chacha cakap rambut cantik tu penting untuk semua wanita? Penjagaan rambut untuk Chacha sangat la penting, ialah dah la Chacha selalu color rambut, iron, curl so kalau guna shampoo je tak cukup. Kita kenalah guna jugak Pantene 3 Minute Miracle conditioner yang mengandungi formula Pro-V yang boleh membuatkan rambut kita sihat dari dalam. Memang rasa mcm buat treatment Keratin kat saloon tau. But ni 3 minute je siap! Terus rambut rasa smooth, soft, healthy and bau pun wangi je! Korang kena try sendiri okay, boleh dapatkan di semua Watsons berdekatan! #pantenemalaysia #Watsonsmy

A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong) on

 

Cacaha Maembong katanya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Datuk Z. Betul ke?

Namun pelakon ini nampaknya menafikan dakwaan tersebut.

Kata Cacha, hubungannya dengan lelaki berusia awal 30-an itu hanya sekadar rakan niaga yang banyak memberikan tunjuk ajar dalam bidang perniagaan.

“Sebagai orang yang masih baru di dalam bidang ini, saya perlukan bantuan daripada individu yang betul dan berpengalaman, selain adik-beradik.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan Datuk Z kerana dia berminat untuk membantu saya memulakan perniagaan. Ketika saya kongsikan minat ke arah perniagaan, dia cuba realisasikan dan kami mula berbincang serta mencari idea.

“Datuk Z menguruskan segala hal berkaitan pengurusan memandangkan saya sibuk dengan jadual penggambaran, manakala saya akan terbabit untuk proses pemasaran,” katanya kepada Harian Metro.

Spekualsi mula timbul selepas usahwan tersebut menemani Cacha ke majlis dan mengenakan persalinan warna sedondon.

“Dia individu yang baik dan banyak bimbing saya dalam menguruskan perniagaan. Pada masa sama, dia juga tidak kedekut untuk kongsikan ilmu.

“Sebagai rakan niaga, saya juga masih lagi dalam proses mengenalinya.

“Saya berharap kerjasama ini berlangsung dalam tempoh yang panjang. Siapa tahu kalau hanya kenalinya dengan ala kadar saja, mungkin akan jadi hal macam-macam di kemudian hari.

“Jadi lebih baik untuk kami saling mengenali secara profesional dan serius. Setakat ini, saya percaya dengan kredibiliti Datuk Z selain ahli keluarga turut mengenalinya,”

“Saya ingin fokus dan berjaya dalam hidup. Saya mahu jadi lebih matang dan positif supaya dapat bantu keluarga.

“Keluarga saya ramai yang sudah kahwin dan ada kehidupan sendiri. Sebagai anak bongsu, saya dah tidak boleh main-main lagi.”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*