Kudrat Semakin Lemahh, Mata Makin K4bur…Pak Lan Tidak Berdaya Lagi Nak Berlakon.

Kehadiran pelakon veteran Roslan Saleh atau lebih mesra dipanggil Pak Lan, menjadi perhatiian apabila hadir dalam keadaan bertongkat dan perlu dipapah ke Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), baru-baru ini.

Semangat luar biasa Roslan mengatasi keadaan fiziikalnya yang diliihat semakin lemah dan kudrat dimiliki pula tidak sekuat dulu.

Bagaimanapun, ia bukanlah halangan buat Roslan untuk hadir ke mesyuarat berkenaan dalam keadaan agak vzur.

Roslan kini tidak lagi berada dalam dunia lakonan tetapi tidak pernah melupakan bidang tersebut dan rakan-rakan seperjuangannya.

Dia juga tidak berhasrat untuk kembali ke pentas lakonan tetapi akan cuba menghadiri aktiviti yang melibatkan sahabat-sahabat seni duduk berkumpul.

“Tidak dinafikan, ada ketika terdetik juga rindu kerana bidang lakonan sudah sebati dalam diri saya. Justeru, apabila ada undangan menjayakan aktiviti yang boleh membuatkan kami berkumpul semula, saya akan usahakan untuk hadir.

“Lagipun dalam keadaan sekarang saya tidak terfikir akan kembali ke dunia lakonan walapun perasaan rindu itu ada.

“Tawaran juga masih ada, cuma saya menolaknya. Saya sudah tidak berdaya dalam keadaan sekarang. Nak bawa badan sendiri pun tak kuat, kudrat semakin lemah dan mata agak kabur, tak macam zaman muda dulu.

“Lagipun, saya bimbang jika terima tawaran diberikan, saya tak mampu memberikan mvtu lakonan terbaik. Sebagai pengarah, sudah tentu mereka mahu pelakon memberikan komiitmen tinggi terhadap kerja.

“Daripada saya menyusahkan banyak pihak, lebih baik saya menarik diri,” katanya sambil memberitahu keputusan untuk bersara tidak dipengaruhi sesiapa.

Beberapa bulan lalu tular di media sosial mengenai pelakon filem Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan itu yang kini mencari rezeki dengan berniaga produk makanan secara kecil-kecilan.

Mengulas perkara itu, Roslan berkata, dia bersyukur perniagaan itu sedikit sebanyak dapat menampung kehidupannya sekeluarga.

“Saya bersama isteri dan dibantu anak kini menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh yang dimasak sendiri di rumah. Selain itu, saya menjual produk lain seperti dodol dan bahulu.

“Alhamdulillah, sambutan dan permintaan diterima sangat baik. Biasanya, pelanggan akan telefon untuk tempahan,” katanya teruja. – BH Online

 

 

 

View this post on Instagram

ALHAMDULILLAH . CUCU ATOK DAH SEMAKIN SIHAT DAN CERIA.

A post shared by Roslan Saleh (@paklansaleh) on

 

 

View this post on Instagram

IBU DAN KASIH SAYANG ..

A post shared by Roslan Saleh (@paklansaleh) on

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*