Selepas Dimasukkan Ke ICU, Bapa Mertua Fakhrul UNIC Meniinggal Dunia

Bapa mertua kumpulan UNIC, Fakhrul iaitu Sohimi Ahmad menghembuskan na4fasnya yang terakhir pada jam 12 tengah malam tadi.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Fakhrul atau nama sebenarnya Mohd Fakhrul Radi Khamaruddin di akaun Instagram miliknya.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Ayahanda mertua saya Sohimi Ahmad dah kembali ke rahmatullah jam 12 tengah malam tadi.

“Moga Allah mudahkan perjalanan Abah dunia akhirat. Mohon doakan Abah,” beritahunya.

Menerusi entri tersebut, Fakhrul berkongsi perbualannya bersama keluarga iparnya yang mengesahkan berita dvka tersebut.

Beberapa hari lalu, Fakhrul ada berkongsi mengenai perkembangan kesihatan bapa mertuanya yang dirawat di Unit Rawatan Khas (ICU).

“Tadi bincang dengan doktor mereka mahu periksa paru-paru. Nak tengok dahulu sama ada perlu tebvk atau tidak,” kata adik iparnya sebelum ini.

 

View this post on Instagram

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Ayahanda mertua sy hj sohimi ahmad dah kembali ke rahmatullah jam 12 tgh mlm td..moga Allah mudahkan perjalanan abah dunia akhirat…mohon doakan hj sohimi ahmad. Allahummaghfirlahu warhamhu 🤲🏻 alfatihah (dibaca) 😭

A post shared by Fakhrul UNIC (@fakhrulunic) on

 

Pun begitu, Fakhrul tidak berkongsi lanjut mengenai penyakit yang dihidapi bapa mertuanya.

Fakhrul menerima banyak ucapan takziah dari pengikutnya di laman sosial selain meminta agar Fakhrul dan keuarga kuat terima dugaan tersebut.

Terdahulu, Fakhrul turut memhon agar semua mendoakan kesihatan bapa mertuanya.

 

View this post on Instagram

Doakan dalam doa kawan2. Terima kasih 🤲🏻😔

A post shared by Fakhrul UNIC (@fakhrulunic) on

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*