Disi4sat Sampai 23 Jam, Shuib Sepahtu Dedah Layanan SPRM Kepadanya

PELAWAK dan penyampai radio Hot FM, Shuib menzahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dia dan isteri yang juga penyanyi Siti Sarah selepas dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia (SPRM), Putrajaya, semalam.

Shuib berkata, dia dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang har4m mengikut Akta Pengubahan Wang Har4m (AMLA) SPRM 2001.

“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri.

Dedah Layanan SPRM

“Saya dipanggil untuk membantu s1iasatan SPRM berkenaan AMLA dan terima kasih kepada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik terhadap saya sepanjang 23 jam s1iasatan,” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram, hari ini.

Menurut Shuib, dia menganggap apa yang berlaku sebagai satu cabaran dalam menjalankan perniagaan.

“Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam perniagaan. Doakan perniagaan Bubblebee kami terus maju dan memberi manfaat kepada semua orang,” katanya.

 

View this post on Instagram

Salam Jumaat,,Alhamdulillah,syukur,,,Terima kasih pd semua yg mendoakan sy dan isteri,,,Sy panggil utk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA dan terima kasih pd pihak SPRM kerana memberi layanan yg sgt baik pd sy sepanjang 23jam siasatan.Sy anggap ini satu cabaran dan dugaan dlm bisnes,Doakan perniagaan #BubbleBee kami terus maju dan memberi manfaat pd semua org.. “U pray for the Rain,u have to deal with the mud also” @bubblebeemalaysia_hq

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

 

Sementara itu, Sarah yang menemani suaminya semalam menjelaskan, dia dan suami sudah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan sebaiknya dan bersyukur proses siasatan berjalan lancar.

“Alhamdulillah syukur. Kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan pasangan selebriti itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang har4m.

Difahamkan, pasangan berkenaan masing-masing berusia 36 tahun hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sejak 4 pagi, semalam.

Difahamkan, terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal turut dipanggil memberi keterangan.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*