Zarina Zainuddin Kata Tak Sampai Hati Nak Pukvl, Sekali Mira Filzah Balas Balik

Pelakon senior, Zarina Zainuddin akui dia tidak sampai hati untuk melakonkan babak memukvl rakan pelakon, Mira Filzah atas beberapa sebab.

Bagaimanapun, sebagai pelakon masing-masing sudah sedia tahu mengenai watak yang dibawa perlu realistik.

Situasi tersebut diceritakan Zarina menerusi entri video di Instagram yang telah dikemas kini untuk tatapan umum.

“Tak sampai hati nak pukvl @mfmirafilzah sebab wajah dia suci, watak ni kot saya lemah dan Mira ni budak baik jadi nak pukvl sikit pun sayang.

“Tapi saya cakap kat dia pelakun yang baik yang boleh memberi dan menerima… dia pandang dan senyum takpe pukvl laa tapi jgn kuat kuat yea,” tulisnya sambil disusuli dengan beberapa tanda pagar.

Dua bintang berkenaan kini dalam penggambaran drama terbaru arahan Rashid Sibir, Kau Bidadari untuk tayangan Ramadan nanti yang turut menampilkan Zul Ariffin sebagai bintang utamanya.

Sehingga kini, video yang dikongsikan Zarina sudah pun ditonton hampir 100,000 kali.

View this post on Instagram

Tak sampai hati nak pukul @mfmirafilzah sebab 1. wajah dia suci 2.watak ni kot saya lemah 3.mira ni budak baik jadi nak pukul sikit pun sayang 😀😀😀🎬🎬🎬 tapi saya cakap kat dia pelakun yang baik yang boleh memberi dan menerima …dia pandang dan senyum takpe pukul laa tapi jgn kuat kuat yea 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 #kaubidadari #astroria @operaklasik @rashidsibir

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

 

Foto: Instagram Zarina Zainuddin, Mira Filzah

Sumber : MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*