Jasmin Hamid Dapat Menantu Pertama

Pelakon Jasmin Hamid selamat menerima menantu selepas anak lelaki sulungnya, Lukhman Hakim sah diijabkabulkan semalam.

Menurut Jasmin, 48, dia berasa bersyukur dan terharu kerana amanah Allah yang selama ini dipikul telah selesai.

“10 Oktober 2020. Syukur alhamdulillah. Dengan izin Allah, hanya sekali lafaz, anak bujang sulung saya @lukhmanman telah sah menjadi suami kepada menantu pertama saya @fiezafizzry.

“Saya amat bersyukur dan terharu kerana telah menjalankan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan pada saya selepas ketiadaan kedua arw4h ibubapa saya.

“Semua urusan kami di permudahkan Allah. Alhamdulillah. Anak saya lepas ni akan jadi Mr. Budu,” tulisnya di Instagram (IG).

Perkongsian itu turut dimuat naik dengan beberapa keping foto bersama pasangan suami isteri itu sebagai kenang-kenangan.

Sementara itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 mendedahkan anak lelakinya itu juga tidak dapat menahan air mata disebabkan ketiadaan arw4h atuk dan nenek pada hari tersebut.

“Kental la macamana sekalipun, jatuh juga air mata hero pada hari pernikahan. Katanya sed1h sebab arw4h ibu bapa saya tak dapat tengok dia jadi suami,” tulisnya lagi.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

 

“@nurulakmarkaman: Tahniah kak dapat menantu dah.

“@chehuzaimahhussain: Alhamdulillah dan tahniah buat pasangan pengantin. Tahniah juga untuk Kak Min yang dapat menantu. Semoga cepat-cepat dapat cucu.

“@lilymustapha: Tahniah, syukur alhamdulillah.

“@shariffzhr: Anak beranak. Semoga kekal ke Jannah,” antara komen-komen yang ditulis.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*