Menari hindustan, Ruhainies & Zul Ariffin digelar Rahul Anjali versi Malaysia

Nampaknya, industri lakonan bakal diwarnai pula dengan lakonan gandingan pelakon Zul Ariffin bersama Ruhainies apatah lagi membuatkan peminat-peminat mereka tidak sabar pula apabila Ruhanies sendiri sangat aktif berkongsikan momen berlakon bersama pelakon terkenal itu.

Dikhabarkan mereka bakal digandingkan dalam sebuah drama terbaharu dan menerusi Instagram peribadi Ruhainies membuatkan orang ramai tidak sabar untuk menyaksikan lakonan mereka bersama pula.

View this post on Instagram

Should i say yes? 🥰

A post shared by @ ruhainies7 on

 

Biarpun begitu, apa yang membuatkan orang ramai terhibur pula apabila Ruhainies memuat naik satu rakaman video bersama kapsyen lucu mengenai Zul Ariffin dimana sepertinya menerusi drama ini mereka mengenakan busana pengantin.

Lebih melucukan apabila mereka berdua sempat merakam video menari tarian hindustan dan gelagat kedua-dua pelakon ini mendapat perhatian peminat dan pengikut dengan ditonton ribuan kali selepas dikongsikan Ruhainies.

“Masa ni Zul Ariffin tengah ajar i step menari lagu hindustan. Dia memang expert. Takpe, gimme some time okay. Nanti i pandai lah tu…” tulisnya.

 

Menerusi posting membuatkan ruangan komen pula dihujani pelbagai reaksi apabila kelihatannya Ruhainies mengusik Zul Ariffin yang kelihatan kekok menari malah komennya itu juga mendapat perhatian umum.

“Sian boss kena bvli…”

“Nampak macam Zul ja yang kekok”

“Omg kelakar la korang ni”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*