“Risau Sangat Atuk Di Semporna” – Zizi Kirana

Penyanyi Zizi Kirana meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan ahli keluarganya yang berada di Sabah berikutan keadaan penularan Cov1d-19 yang semakin meruncing.

Menurut Zizi, paling dirisaukan adalah keadaan datuknya, Hashim yang kini tinggal di Semporna, Sabah.

“Saya cukup risau dengan atuk saya di Semporna kerana ris1ko warga emas itu lebih tinggi untuk j4ngkitan. Umurnya sudah lebih 80 tahun. Dia tak faham dengan keadaan yang berlaku sekarang, lagipun dirinya sudah nyanyuk.

 

“Jangan dia minta nak kedai kopi sudahlah. Bukan apa, atuk saya itu sudahlah suka berjalan keluar seorang diri, gigih jalan pakai tongkat untuk duduk di kedai kopi berdekatan rumah setiap pagi,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Bagaimanapun, menurut Zizi, dia bersyukur kerana datuknya itu tidak tinggal seorang diri.

“Dia duduk dengan ibu saudara saya. Memang kena jaga betul-betul, kena kunci pintu.

“Orang yang sudah tua kadang-kadang kerenahnya seperti kanak-kanak. Dia pernah kata, kalau duduk di rumah sahaja nanti lagi buat dia sakit,” ceritanya.

Begitupun, menurut Zizi, keluarganya juga sebolehnya hanya keluar dari rumah sekiranya terdapat keperluan penting sahaja.

“Nak beli susu atau ub4t-ub4tan atuk, barulah mereka akan keluar. Kalau tidak, hanya berkurung di rumah,” katanya.

Menurut Zizi kali terakhir dia pulang ke Sabah sebelum pelaksanaan Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

“Kalau keluarga saya di Kota Kinabalu, semuanya okay. Nasib saya sudah balik berjumpa mereka sebelum pilihan raya haritu.

 

“Cuma saya kasihan dengan adik lelaki saya yang mengadu pening kepala bila kena tutup kedai gunting rambut. Pening fikir nak bayar gaji pekerja,” katanya.

Sabah kini menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selama dua minggu sehingga 26 Oktober depan.

Sehingga kini Sabah mencatatkan antara negeri yang merekodkan jumlah penularan k3s Cov1d-19 yang tinggi sehingga mencecah tiga digit setiap hari.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*