Nabila Tanya Bila Nak Kahwin, Tapi Ini Jawapan Neelofa!

Pada 15 Oktober, dunia hiburan dihebohkan dengan kisah selebriti popular, Neelofa yang tampil dengan penampilan terbaharu dengan memakai niqab.

Ramai selebriti dan peminat tumpang gembira dengan perubahan imej tersebut.

Pada malam hari yang sama juga, kenalan rapat kepada keluarga Neelofa iaitu Rosix Omar telah mengendalikan sebuah program live di laman Instagram miliknya,

Rakaman live itu juga sempat dirakam dan telah dikongsikan oleh akaun Instagram @_utluvdrama_75.

View this post on Instagram

hehehehee nanti kawin jgn lupe jemputsss followersss yg tgk live tu yerr bella dah habaq dh kene jemput 2500 org yg tgk tu termasuk acik muhahaha..tp dan ka dah kata nak kawin esok tu ari ni la kan hahahha ..xpe bende baik kene usahakan ..acik doakan yer…btw rosix sila alih baju blkg kepala otak ko tu wakakaa bengong sungguh la dua ketoi nehh.. @rosixomar @noornabila

A post shared by _utluvdrama_75 (@_utluvdrama_75) on

 

Dalam rakaman live tersebut, Rosix menyampaikan soalan yang ditanya oleh Noor Nabila:-

“Bila Neelofa nak kahwin?”

Noor Nabila kemudiannya ditanya oleh pelakon dan pengacara itu:-

“Bila hang nak adik hang berkahwin?” lalu Nabila terus menjawab, “esok!”

Lantas Rosix mengulas jawapan Neelofa dengan berkata:-

“Dia akan usahakan insyaAllah. Kalau benda baik kita tak boleh lengahkan, kan.”

Haa, nampaknya individu yang rapat dengan Neelofa pun tak sabar menunggu selebriti itu untuk mendirikan rumah tangga.

Mesti peminat pun tak sabar nak tengok Neelofa berkahwin.

Walaupun desas-desus gosip Neelofa dengan PU Riz masih diperkatakan, namun Neelofa enggan menjelaskan berhubung isu tersebut.

Sama-sama la kita doakan yang baik-baik untuk selebriti kesayangan ramai ni!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*