“Pergi Kursus Kahwin Ya Sembunyi-Sembunyi?,” – Michael Ang Cuba Bongkar Rahsia Kamal Adli

 

Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang ada memuat naik beberapa rakaman video di set pengambaran drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa menerusi akaun Instagram miliknya.

Rakaman video antara lain memuatkan gelagat dua bintang utama drama berkenaan, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang kelihatan terpinga-pinga selepas ditanya mengenai kursus kahwin oleh pengarah berkenaan.

“Kamal, Uqasha betul ke korang hari tu pergi kursus kahwin? Aku dengar korang pergi kursus kahwin kan?

“Mengaku jelah betul ke tak? Korang pergi kursus kahwin ya sembunyi-sembunyi? Dekat mana? Perlis? Kuantan?,” soal Michael lalu sambil dinafikan Uqasha.

View this post on Instagram

Salam semua! 🔥 KAMAL ADLI N UQASHA SENROSE PERGI KURSUS KAHWIN KAT KUANTAN! Kau org rasa ni gimmick Atau KISAH BENAR! Kau org rasa mana satu? Yg pasti u all semua kenal I kan! Jarang I buat gimmick2 mcm ni! @uqashasenrose2 @kamaladli Yg penting malam@ni 10pm Jgn lupa tgk #perempuantanpadosa kat Astro Ria n RiaHD luv u all n stay safe

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

 

Sementara itu, Michael menerusi ruangan kapsyen bertanya kepada pengkut sama ada ia g1mik atau sebaliknya.

“Salam semua! KAMAL ADLI N UQASHA SENROSE PERGI KURSUS KAHWIN KAT KUANTAN! Kau org rasa ni gimmick Atau KISAH BENAR!

“Kau org rasa mana satu? Yg pasti u all semua kenal I kan! Jarang I buat g1mmick2 mcm ni!

“Jgn lupa tgk #perempuantanpadosa kat Astro Ria n RiaHD luv u all n stay safe,” tulisnya.

Terdahulu selain Kamal dan Uqasha, turut sama terlibat di dalam drama berkenaan termasuk Uyaina Arshad, Azza Elite, Shaza Bae, Datin Fadhillah Mansor dan ramai lagi.

Drama ini bersiaran jam 10 malam, setiap Isnin hingga Khamis di slot Megadrama, Astro Ria dan Ria HD.

Video: Instagram Michael Ang

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*