“See You Next Year Malaysia!” Zahirah MacWilson Mahu Bersalin Di Luar Negara?

 

Pasangan secocok sama cantik sama padan, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza menjadi perhatian ramai baru-baru ini apabila memuat naik gambar dengan kapsyen seakan mahu ke luar negara di IG Story masing-masing.

Gambar berada di dalam pesawat kapal terbang bersama suami Aiman Hakim, dimuat naik Zahirah pada dua jam lepas.

Kapsyennya mengatakan bahawa mereka akan ke luar negara dan bila mereka kembali mereka akan bertiga. Bermakna, Zahirah memilih untuk bersalin di luar negara.

See you next year Malaysia! We love you guys, thank you for all the kind doas. InsyaAllah when we return, there will be 3 of us!”

Gambar yang sama dimuat naik Aiman, juga gambar pesawat menandakan mereka berada di airport.

Peminatnya membuat spekulasi bahawa mereka merancang untuk bersalin di Australia tempat di mana ibu Zahirah menetap ketika ini.

Ada betul juga, selalunya wanita ni bila lepas bersalin pasti mahukan ibu sendiri yang menjaga diri ketika berpantang kan. Tambahan lagi, ini adalah anak sulung mereka.

Apa pun, ke mana mereka pergi belum lagi dipastikan. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Lagi-lagi zaman pandem1k COV1D-19 ni. Stay safe ye semua!

View this post on Instagram

You, me & baby 🖤 . 📸 @binbinx4

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

 

Sumber: Instagram 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Sumber: koolfm via hotfm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*