“Ramai Persoal Kenapa Jual Tudung Serendah RM27″- Fazura Bagitahu Sebabnya

PETALING JAYA – “Niat saya nak semua pakai dan mampu membelinya.”

Itu yang diucapkan aktres dan usahawan Nur Fazura mengenai penetapan harga tudung jenamanya, Tudung Fazura pada harga bawah RM50.

Jelasnya dalam sesi siaran langsung Instagram baru-baru ini, dia tidak berniat untuk menjual pada harga yang mahal kerana mahu semua wanita bertudung mampu membelinya.

“Ramai juga orang bertanya mengapa tudung saya dijual hanya dengan harga RM27, semua macam tak percaya.

“Namun, niat sebenar saya ialah mahu semua orang pakai dan mampu untuk membelinya,” katanya dalam video yang kini tular dalam aplikasi TikTok.

Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin itu, dia tidak menafikan bahawa sebagai usahawan, dia juga memasang niat untuk mendapatkan keuntungan dalam setiap jualan produk yang dipasarkannya.

“Sebagai ahli perniagaan, pasti kita nak dapatkan keuntungan dan buat duit daripada produk yang dijual tetapi seperti yang saya cakap, saya nak semua mampu membeli.

“Saya sendiri pun jika hendak beli tudung lebih RM50 pun rasa mahal. Jadi bila harga bawah RM50, rasanya itu harga yang mampu dibeli orang semua orang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular meenrusi filem Pisau Cukur itu turut memberitahu harga RM27 diletakkan untuk jenama Tudung Fazura mempunyai nilai sentimental buat dirinya.

“Angka 27 merupakan nombor yang saya suka iaitu tarikh ulang tahun kelahiran saya serta tarikh Fattah melamar saya,” kongsinya.

‘Doakan saya’ – Fazura

KUALA LUMPUR: “Insya-Allah, doakan saya.” Demikian permintaan aktres, Nur Fazura berhubung spekulasi kini sudah berhijab seperti dipamerkan menerusi akaun Instagram (IG), sejak akhir-akhir ini.

Enggan mengesah atau menafikan berhubung penampilannya yang kini menjadi bualan ramai, isteri kepada aktor, Fattah Amin itu juga tidak berhasrat mengulas lanjut imej terbaharu, sebaliknya lebih selesa soalan berkaitan penghijrahan tidak terlalu digembar-gemburkan.

Meskipun bukan perkara baharu berikutan pelakon filem Dendam Pontianak sering tampil berhijab terutama pada Ramadan, namun ia menjadi tanda tanya selepas imej bertudung berterusan dimuat naik dalam setiap hantaran dalam IG, kecuali untuk video atau foto membabitkan kerjaya yang sudah dirakam lebih awal.

Meninjau ruangan komen foto dalam hantaran Fazura mengenakan tudung, rata-rata pengikut pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-27 itu memuji penampilannya dan mengharapkan terus berkekalan.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:K! ONLINE via missfazura

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*