Doakan Uqasha Senrose cepat sembuh, ‘hashtag’ tiada rezeki Kamal Adli undang tanda tanya ramai

Sebut sahaja pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli tentu ramai yang mengenali mereka.

Daripada acap kali digandingkan dalam drama, akhirnya hubungan cinta mereka ke jinjang pelamin pada 5 November tahun lalu.

Berita gembira itu disambut baik peminat kerana keserasian pasangan sama cantik, sama padan ini di kaca televisyen cukup disukai ramai.

Meskipun begitu, kini peminat dapat mengikuti perkembangan mereka bersama di ruangan Instagram (IG) milik Uqasha Senrose mahupun Kamal Adli apabila pasangan ini juga sporting berkongsikan kisah mereka kepada peminat dan pengikut.

Posting Kamal Adli jadi tumpuan

Tetapi satu perkongsian terbaharu Kamal Adli yang menyertakan satu keping foto dia bersama Uqasha Senrose mengundang tanda tanya ramai. 

“Rindu dia yang tak sihat tuu…. semoga cepat cepat sembuh. Love you sayang,” tulis Kamal Adli yang mendoakan kesihatan Uqasha Senrose yang difahamkan sedang tidak sihat.

Walau bagaimanapun, posting Kamal Adli yang turut menyertakan beberapa hashtag seperti sian dia sakit, tiada rezeki dan Allah sebaik perancang membuatkan ada peminat tertanya-tanya apa yang terjadi kepada selebriti jelita tersebut.

Menerusi ruangan komen bagaimanapun Uqasha Senrose dilihat mengucapkan tanda sayang kepada suaminya itu manakala rata-rata peminat dan pengikut mendoakan yang terbaik buat kesihatannya.

Saya pun terfikir macam tu, maybe kot…’

I love you abang’

‘Semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat sihat…’

‘Semoga Uqasha cepat sembuh…’

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : trending

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*