Nora, Yusry KRU, Habsah Hassan kini bergelar Datuk

 

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 yang disambut pada hari ini,Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk kepada tiga anak seni iaitu Nora Arifin, Habsah Hassan dan juga Yusry KRU.

Ketika dihubungi,Nora menzahirkan rasa bersyukur, kerana walaupun suaminya sudah tiada untuk berk0ngsi rasa, namun beliau masih memiliki anak-anak di untuk meraikan kurniaan daripada Yang di-Pertuan Agong ini.

“Anak-anak yang sangat teruja dan gembira. Mereka menangi bila saya kongsikan berita gembira ini. Kami kongsi kegembiraan ini bersama,”

“Kalaulah Abang Johan (Allahyarham Johan Nawawi) masih ada, dia lah orang yang paling gembira atas kurniaan ini.”

Suami Nora, Allahyarham Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama tanah air meniggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun kerana sa-kit jantung.

Habsah Hassan atau lebih mesra disapa Kak Chah merupakan penulis lirik dan skrip ternama tanah air yang sudah menghasilkan ribuan naskhah.
Bagi Habsah, 72, tiada apa yang mampu dikatakan selain bersyukur dengan kurniaan ini.

Katanya, pingat kebesaran PWM yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 ini memberi makna yang cukup besar kepadanya selepas lebih empat dekad aktif sebagai penggiat seni.
“Ini adalah kurniaan yang amat istimewa. Saya menjunjung kasih atas kurniaan daripada Yang di-Pertuang Agong. Tentu sekali anugerah kebesaran ini akan memberi motivasi kepada saya untuk terus berkarya,” kata Habsah lagi ketika dihubungi.

Sementara Yusry merupakan penyanyi kumpulan KRU yang dianggotai bersama abang dan adiknya, Datuk Norman dan Edry.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, pengurniaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap lapangan mereka.

Menurut Annuar, tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun ini sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penul-aran pand_emik COVID-19.

 

 

 

 

 

Sumber:Awani