Ramai yang tidak setuju dengan hukuman ibu tunggal ini. Sekali warganet berdebat isu hukuman terhadap kes ibu tunggal ini.

Minggu lalu, kecoh di media sosial apabila berita mengenai seorang ibu tunggal kepada sembilan orang anak dijatuhi hukuman m4ti mandatori selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar bahan terlarang tiga tahun lalu. Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Sabah, Alwi Abdul Wahab terhadap Hairun Jalmani, 55, selepas mendapati pendkwaan berjaya mewujudkan kes prima facie manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Meninjau respons warganet di media sosial, rata-rata melahirkan rasa simpati terhadap hukuman yang dikenakan terhadap tertdvh. Walaupun didapati bersalah, namun, ramai yang melihat hukuman tersebut tidak bersesuaian dengan keadaan semasa wanita berkenaan.

“Sumpah sedih tengok video TikTok yang ibu tunggal sara sembilan orang anak dihukum gantung sampai m4ti sebab edar bahan terlarang. Dia menangis tak nak diheret ke pnj4ra, mesti dalam kepala terbayang tak boleh jumpa anak anak dia dah,” luah seorang warganet sambil meletakkan emoji sedih.

Seorang lagi pengguna Twitter turut melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap situasi yang dialami oleh tertdvh.“Sebaknya bila tegok video yang ibu tunggal sembilan anak kena hukum gantung sebab jual bahan terlarang tu. Aku tak kenal dia tapi bila tengok video tu perasaan aku kuat mengatakan yang mak cik tu tak rela pun buat semua benda tu. Wallahualam,” tulisnya.

Dalam masa sama, ada juga yang menyifatkan jika hukuman sedemikian dikenakan kepada perhsuah, pasti negara akan lebih menjadi baik.“Kenapalah hukuman ini hanya untuk bahan terlarang sahaja. Ia juga wajib untuk persvah-persvah, tanpa persvah mesti negara akan baik,” tulis seorang warganet. Sementara itu, ada segelintir yang bersetuju dengan hukuman yang dikenakan ke atas wanita berkenaan.

“Maaf aku tak setuju kalau nak kesian kesian ni. Semua maklum dan cakna bahan terlarang ni hukumannya macam mana. Kalau dah kena tangkap baru menyesal takleh nak buat apa. Diri sendiri tahu consequences dia,” tegas seorang warganet. Ada juga yang menyifatkan rakyat Malaysia gagal bermasyarakat apabila ibu tunggal berkenaan sanggup melakukan kerja terkutuk berkenaan.

“Kenapa ibu tunggal yang ada sembilan orang anak mengedar bahan terlarang? Itu persoalannya. Apakah keadaan hidup sebenar ibu tunggal itu?“Bila baca berita macam ni, satu benda terlintas di fikiran aku: ‘Have we failed as a society?’” luah seorang lagi pengguna Twitter.

Terdahulu, tertuduh yang juga merupakan penjual ikan didkwa memiliki bahan terlarang jenis sy4bv seberat 113.9 gram di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pangkalan Wakuba, Batu 15, Jalan Apas, Tawau pada pukul 5.30 petang, 10 Januari 2018. Sumber : Gempak

Lepas lancarkan angkat bendera putih kali ni giliran ibu tunggal ni pula pacak bendera putih. Terkejut bila diperiksa ini pula yang berlaku.

Buntu serta tertekan memaksa seorang ibu tunggal memacakkan bendera putih di hadapan rumah sebagai tanda meminta pertolongan daripada orang sekelilingnya. Rohayah Che Samah, 50, berkata dia bertindak sedemikian kerana keadaannya yang semakin kekurangan wang simpanan untuk meneruskan kehidupan seharian malah turut kehabisan beras sejak tiga hari lepas.

Rohayah yang tinggal bersama anak perempuan bongsunya, Amalina Kamaraddin, 14, berkata mereka hanya mengisi perut dengan biskut serta sumbangan makanan seperti kek yang diberikan jiran sejak ‘terputus’ bekalan beras.

“Saya pasang bendera putih selepas adik perempuan suruh berbuat demikian sebab saya selalu ceritakan masalah dialami kepadanya. Jadi, dia sarankan kepada saya gantung bendera putih supaya ada orang akan datang untuk tolong.

“Ikutkan saya pun tidak tahu mengenai (kempen) bendera putih ini. Alhamdulillah, selepas saya gantung ada pihak yang datang menghulurkan bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, hari ini.

Rohayah bersama Amalina menetap di sebuah rumah sewa berkeluasan kira-kira 300 kaki persegi di Kampung Pulau Kundor, Pengkalan Chepa, dekat sini.

Ibu kepada enam orang anak itu berkata ketika ini, dia juga mengalami masalah kewangan kerana hanya bergantung kepada upah mewarna batik dengan bayaran RM2 untuk sehelai kain.

“Paling banyak dalam sehari pun saya terima upah untuk tujuh helai kain batik, tambahan dengan Fasa Satu dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini tidak banyak kain batik yang perlu diwarnakan.

“Anak-anak yang lain semua berada di Kuala Lumpur dan mereka juga tidak dapat membantu saya sebab masing-masing bekerja biasa sahaja dan turut terjejas pendapatan akibat pan.demik C0V1D-19,” katanya.

Muhammad Abdul Munib (kiri) menyerahkan sumbangan kewangan kepada Rohaya di Kampung Pulau Kundur, Kota Bharu hari ini. Menurut Rohayah, lebih merumitkan keadaan apabila dia tidak layak menerima bantuan daripada pihak berkuasa kerana tidak mempunyai surat perpisahan rasmi.

Terdahulu, Pusat Khidmat Parlimen Pengkalan Chepa ke rumahnya bagi memberikan sumbangan wang serta bekalan makanan kepada Rohayah selepas kibaran bendera putih di hadapan rumahnya tular menerusi WhatsApp dan Facebook, sejak pagi tadi.

Sumbangan itu disampaikan kepada Rohayah melalui Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Muhammad Abdul Munib Zakaria. Turut hadir Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang Muhammad Sulaiman dan Penghulu Mukim Pulau Kundor Rosli Mat Hussin. Berikut lagi kisah bendera puteh mengundang sebak orang ramai

Bendera putih berlatarkan Bukit Mertajam. Sayu 

“Ah Soon yang pasang bendera sudah putus asa. Dalam sebak, dia bagitau saya dia sebenarnya telah buat keputusan nak pergi ke jambatan Pulau Pinang untuk menamatkan nyawanya. Dia sudah letih minta tolong merata tempat tapi tiada yang datang menolong.

Kalau takde kempen bendera ni, ramai yang tahan lapar agaknya. Jangan lupa amik tahu keadaan jiran sekeliling. Jangan putus semangat semuanya. Moga diberi kekuatan” Kredit fb Steven Sim Chee Keong, Viral Media Johor

Sumber : http://limauasamboi.pw/

Sanggup kibarkan bendera putih gara gara terputus bekalan makanan. Tapi apa yang datang lepas dia kibarkan bendera putih buat ramai yang terkejut.

“Saya tidak tahu sama ada tindakan kibar bendera putih ini betul atau tidak, tapi saya lakukannya demi anak dan isteri kerana kami terputus bekalan makanan,” kata Zulkiflie Samsudin, 39, dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai di sini.

Zulkiflie berkata, dia yang bekerja sendiri sebagai juru kimpal kehilangan hampir separuh punca pendapatan bulanan sepanjang pandemik Covid-19 untuk menyara isteri, Nur Aqeela Atika Mohd Dali, 29 serta anak perempuannya yang berstatus orang kurang upaya, Putri Nur Zahirah, 9 dan anak lelakinya, Muhammad Putra Riqzi Zilhelmi berusia setahun.

Menurutnya, dia bukan sahaja tidak mampu lagi membayar sewa rumah dan ansuran kereta, malah turut tidak mampu membeli susu dan lampin pakai buang anak lelakinya itu. “Saya sedih kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sebaik mungkin kerana masalah kewangan dan keadaan saya bertambah buruk sejak awal tahun ini. Apatah lagi isteri sedang hamil enam bulan.

“Saya kibarkan bendera petang semalam selepas melihat ada kempen di media sosial dan Alhamdullilah bantuan diterima mencurah-curah hingga mampu menampung keperluan keluarga selama beberapa bulan.

“Malah ada juga warganet yang sanggup melangsaikan sewa rumah yang tertunggak selama sebulan berjumlah RM800 selain bayaran ansuran kereta selama tiga bulan bernilai keseluruhan RM1,200,” katanya.

Zulkiflie berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya selepas memasang bendera putih di hadapan rumahnya. “Buat masa ini barangan keperluan kami sudah mencukupi dan begitu juga dengan sumber kewangan.

“Saya amat bersyukur atas bantuan diterima dan hanya Allah mampu membalas jasa baik semua penderma,” katanya ketika ditemui hari ini. Terdahulu wujud kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah bagi orang ramai yang berdepan dengan situasi terputus bekalan makanan di media sosial sejak semalam.

Kempen yang disambut baik pengguna media sosial itu bermatlamat memberi isyarat kepada pihak tertentu mahupun orang sekeliling mengenal pasti individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan dapat dibantu dengan segera. Ia juga diharapkan dapat membantu lebih ramai yang memerlukan apa-apa bantuan namun malu menyatakannya secara terbuka. Sumber : HMETRO ONLINE

Dalam kesempitan angkat tangan berdoa bukan angkat bendera putih. Menteri ini dikritik teruk dengan warganet gara gara kurang setuju tentang bendera putih. Sekali ini penjelasan beliau.

Jangan simpan masalah dan kesusahan dialami sendirian. Tiada s.alahnya berkongsi kep.eritan bersama keluarga, sahabat ataupun jiran tetangga. Justeru, bagi mengelakkan masyarakat yang sedang berdepan dengan situasi getir menanggung beban seorang diri, maka Kempen Kibarkan Bendera Putih dilaksanakan.

Kempen tersebut tidak bermakna mengalah, sebaliknya difahamkan untuk membuka mata insan sekeliling peka dan hadir menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas dek pandemik Covid 19. “Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih. Semoga ada yang datang membantu,” tulis pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Jah.

Beliau dipercayai antara individu terawal memulakan Kempen Kibar Bendera Putih. Sementara itu, seorang pemilik akaun Twitter myjassaramli berkata, beliau ternampak gambar dimuat naik di laman sosial Twitter memaparkan jiran keluarganya di Johor Bahru menggibarkan bendera putih di pagar rumah semalam.

“Saya bertanya kepada kakak adakah perkara itu benar. Katanya betul kerana keluarga tersebut terputus bekalan makanan. Ada anak kecil dan isteri sedang tunggu hari untuk bersalin. Semoga dipermudahkan,” kongsinya.

Selain itu, carian di media sosial berhubung kempen bendera putih itu mendapat sambutan daripada warga maya. Majoriti sedia maklum dan menguar-uarkan agar bantuan segera dihulurkan kepada golongan yang mengibarkan bendera putih.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*