Pernah Jadi Ketua Kumpulan Nasyid, Cita-Cita Veterinar & Bela 14 Kucing

Perkongsian di Instagram milik penyanyi Syada Amzah mencuri perhatian apabila dia berkongsi 30 fakta menarik tentang dirinya kepada umum.

30 fakta diri Syada

Antara fakta tersebut adalah, Syada mengakui dirinya takut pada lipas dan tidak tahu berenang. Dia juga memiliki sebanyak 14 ekor kucing dan boleh bercakap dalam tiga bahasa.

Syada juga berkata dia mula berjinak dalam bidang nyanyian sejak umurnya empat tahun.

Ini 30 fakta tentang diri saya. Tinggi saya 158 cm. Umur saya 18 tambah 20 tolak 10 dan tolak dua tahun. Tarikh ulang tahun saya sama dengan Kai dari kumpulan EXO.

Saya benci lipas. Saya tidak tahu berenang. Saya memiliki 14 ekor kucing. Saya suka makan pedas. Saya anak bongsu dalam adik-beradik saya. Saya mula menyanyi sejak umur saya empat tahun.

Nama saya Syada sebab ibu saya ada kawan nama Syuhada tapi panggil Syada. Warna kegemaran saya adalah hijau atau unggu. Saya juga suka cuaca yang sejuk.

Saya pindah sebanyak empat buah sekolah dan dua universiti sebab pindah rumah. Saya boleh bercakap dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Indonesia dan Inggeris.

Selain itu, adik kepada penyanyi popular Shila Amzah itu berkata dia merupakan ketua kumpulan nasyid sewaktu di sekolah.

Menurut Syada lagi, dia pernah memasang cita-cita untuk menjadi doktor haiwan dan guru tadika, namun hasratnya tidak kesampaian.

Saya hanya tahu masak makana pedas walaupun tiada bakat memasak. Makanan kegemaran sepanjang masa adalah ayam. Saya suka dark chocolate, lagi dark lagi bagus.

Saya sudah menggembara ke 10 buah negara. Saya main game mobile legends. Cita-cita nak jadi doktor haiwan (veterinar) dan cikgu tadika tapi tak tercapai.

Saya takut semua haiwan yang tiada bulu. Saya benci badut. Zaman sekolah dulu saya pernah dapat anugerah juara Soduku tapi sebenarnya masih tak tahu macam mana main.

Saya boleh tidur seharian. Saya alahan dengan kerang. Waktu sekolah rendah saya penari tradisional. Saya juga ketua kumpulan nasyid. Saya belum kahwin.

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*