POPULARITI dan kemewahan pernah membuatkan pelawak Sharif Zero terbuai sehingga terlupa untuk beringat tentang masa depan.
Sharif atau Sharif Kadir Doli, 33, berkata, dua perkara itu membuatkan dia lalai dan tidak menjaga kewangannya sehingga tidak sedar ia hilang dalam sekelip mata.
“Dulu di awal kemunculan dalam industri saya pernah mengalami kejutan budaya sebab ada banyak duit dan berbelanja sesuka hati dan boros.
“Tapi itu semua pengalaman dan pengajaran… Selepas apa yang berlaku kita belajar, kalau tidak bijak menguruskan kewangan memang akan menyusahkan diri.
“Alhamdulillah keluarga banyak bantu, kalau tak rasanya saya tak mampu nak kawal kemewahan yang ada,” katanya kepada mStar.
Disebabkan itu juga kata Sharif, dia kini lebih senang hidup secara sederhana kerana sedar kemewahan tidak akan kekal buat selama-lamanya.
Sumber : mstar
Leave a Reply