5 bulan jual cempedak goreng tepi jalan, balu Abam syukur kini mampu miliki kedai sendiri

SELEPAS lima bulan mengusahakan perniagaan cempedak goreng secara kecil-kecilan di tepi jalan, isteri Allahyarham Abam Bocey kini sudah mampu memiliki sebuah kedai di Sabak Bernam, Selangor.

Hidayah menerusi laman Instagram berkongsi berita gembira itu dan meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.

 

 

Hasil titik peluh meniaga cempedak

“Terima kasih mak abah & famili tercinta sentiasa doakan serta support dayah.. terima juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 degan cepat…”

“Alhamdulillah syukur pada Allah, hari Jumaat yang penuh barokah ni, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan cempedak goreng Dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini.

“Terima kasih abang Dayah, @sirazmier bantu untuk dapatkan kedai ni, terima kasih mak abah dan famili tercinta sentiasa doakan serta sokong Dayah.

“Terima juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MBSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 dengan cepat. Alhamdulillah syukur” ujarnya.

“Rezeki buat Hamzah dan Kak Dayah” 

Kejayaan Hidayah mendapat pujian netizen yang terinspirasi dengan kegigihannya dalam berusaha untuk mencari rezeki buat anak dan keluarga.

“Alhamdulillah, terus maju jaya Dayah”

“Semoga rezeki Dayah & Hamzah terus dimurahkan”

“Idola ibu2 tunggal”

Hidayah atau nama sebenarnya Nor Hidayah Moh Ali, 28, memulakan perniagaan cempedak dan durian goreng sejak April lalu di sebuah gerai tepi jalan secara kecil-kecilan.

Menerusi laporan mStar, wanita itu mengusahakan bisnes itu bagi menampung kos perbelanjaan dan membesarkan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun.

 

View this post on Instagram

S E D E K A H Rezeki datang macam-macam bentuk. Kadang-kadang kita ambil tak kisah pun walau rezeki tu sekadar berharga RM5. Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah SWT. Dia beri kepada siapa yang dia suka,. Yang paling penting, "Mengejar rezeki jangan Mengejar jumlahnya tapi kerjarlah berkahnya" Terima kasih semua support & beli Cempedak goreng & produk2 keluaran dayah.. Al-fatihah dibaca buat arwah suamiku Syed Umar Mokthar.. #paidreviewhidayahabam #cempedakgorenghidayahabam #titiankasihcocohidayahabam #kasihchocolatehidayahabam #tepungrotijalachocolate #biarorangbuatkitajangankitabuatorang #kitabaikramaisayang #allahsentiasabersamakita #rindudalamdoa #kerjakerasdemianak #kitabaikramaisyg #mysmallbiznes #alfatihaharwahabam

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

 

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia satu tahun.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokthar Syed Redzuan meniinggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami dem4m.

Semoga terus berjaya Dayah! All the best.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Sumber: IG HIDAYAH, MSTAR, LOBAKMERAH