Simpati dgn Dato’ Ayob, dia DIKH1ANATI rakan sendiri dlm menjejaki Nicky Liow

Pak Ayob tak boleh menyelesaikan segala masalah jen4yah ini tanpa kerjasama semua dalam pasukan, daripada konstabel sampailah yang ‘keris bersilang’ di atas bahu. Pak Ayob bukan SUPERMAN, beliau hanyalah insan biasa macam kita.

Dia bencikan jen4yah, macam kita jugak. Dia mahu melihat Malaysia aman, macam kita jugak. Tak perlu jeles dengan beliau, tak perlu marah dengan beliau, tak perlu sakit hati dengan beliau…tiba masanya beberapa tahun lagi Pak Ayob akan pencen dan balik kampung macam orang lain.

Justeru dalam tempoh perkhidmatan beliau yang berbaki tiga empat tahun lagi ini, bagilah peluang untuk beliau melaksanakan beban yang terpikul di bahu dan dipertanggungjawabkan ke atas dirinya.
Dan bukan Pak Ayob saja, ramai lagi anggota dan pegawai mempunyai track record yang baik yang perlu kita sebagai masyarakat membantu serta menjadi mata dan telinga mereka untuk membanteras onar di tanah air yang tercinta ini.

Dalam kes membu.ru Datuk Nicky ini sebagai contoh, andai kata polis berjaya, sudah tentu ini bukan kejayaan Pak Ayob semata. Semua ini kerja berpasukan. Tidak ada seorang pun dalam PDRM boleh berbangga dan mendabik dada ‘dialah segalanya’ bila pasukan mencapai kejayaan.

Hari ini Pak Ayob dan teamnya berhadapan dengan sedikit kesukaran kerana ada mereka yang dalam pasukan bertindak sebagai ‘gunting dalam lipatan’ dalam misi mereka membu.ru Datuk Seri Nicky dan juak-juaknya.

Tetapi berkat doa kita semua, InsyaAllah, kebenaran pasti mengatasi kebatilan! Semoga Pak Ayob@ Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bersama pasukannya akan berjaya. Pada Allah, kita berserah.

Kredit; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*