Up gambar bersama, Nabila Razali dan Khai Bahar nampak sepadan

Baru-baru ini, pasangan penyanyi terkenal Ernie Zakri dan Syamel sah bergelar suami isteri pada 26 Mac 2021 lalu manakala majlis resepsi mereka diadakan pada malam 3 April 2021 bertempat di Bayswater, KLCC.

Ramai rakan selebriti dijemput menghadiri resepsi mereka antaranya penyanyi Nabila Razali dan Khai Bahar.

Bercakap tentang pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali, semalam dia memuat naik gambar-gambar ketika menghadiri majlis berkenaan.

“Another beautiful wedding! Tahniah Ernie dan Syamel! Hingga syurga!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun dalam beberapa keping gambar yang dikongsi, netizen tertumpu pada gambar pelantun lagu Peluang Kedua itu yang diambil bersama Khai Bahar.

 

Bukan itu sahaja, mereka berdua juga dilihat sempat berbalas ’emoji’ berbentuk hati di ruangan komen.

Bagai pinang dibelah dua

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Nabila dan Khai seperti pasangan yang serasi, sama cantik sama padan.

Hensem dan cantik

 

Lepas ni Nabila dengan Khai pula

‘Couple’ ke?

Muka nampak serasi

Ada apa-apa ke tu, Nabila dan Khai? Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka~

Sumber: Instagram Nabila Razali

Kredit : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*