Sebut sahaja nama pelakon Edika Yusof, sememangnya ramai mengagumi kesetiaan pelakon berusia 54 tahun menjaga isterinya Norhidayah Yusri, yang lmpvh sejak 16 tahun lalu.
Baru-baru ini, Edika dijemput dalam satu program khas Astro Ria bergelar ‘B0rak Kel4min’ bagi bercerita tentang topik ‘Cinta Luar Biasa’.
Menerusi rancangan itu, Edika ditanya oleh pengacara Elly Mazlein dan Awal Ashaari jika dia memasang niat untuk berkahwin lagi. Edika mengakui dia sering ditanya soalan tersebut, malah ibunya sendiri juga pernah bertanyakan mengenai perkara itu.
“S0al mahu kahwin lagi ni, bukan hanya orang luar yang tanya. Malah, ibu saya sendiri pernah mengutarakannya memikirkan h4l anak-anak yang masih kecil dan keadaan isteri yang mungkin selamanya begitu,” kataya.
Turut berkongsi cerita, Edika berkata dia membesar dalam keluarga bapanya berp0ligami dan melihat kesus4han ibunya membesarkan mereka adik beradik membuatkan dia tidak mahu melvkakan hati isterinya.
“Saya lihat kesvsahan ibu membesarkan anak-anaknya. Seorang ibu sanggup berk0rban apa saja untuk anak-anaknya. Jadi, saya lihat kenapa saya ingin melvkakan hati isteri saya sebegitu..” katanya.
Dalam pada itu, Edika berkata daripada memikirkan hal kahwin lain adalah lebih baik agar dirinya membantu isteri untuk pvlih semula.
“Alhamdulillah, semakin lama, keadaannya semakin baik. Mukanya bertambah cantik, mem0ri semakin baik dan sudah mampu melakukan kerja-kerja di rumah seperti berniaga ‘online’,” katanya.
Ditanya bagaimana seorang suami kekal setia dengan isteri dalam keadaan sebegitu, Edika berkata jika menjaga isteri dengan baik, kehidupan akan bertambah baik.
“Kita jngan hanya berserah kepada Allah tanpa lakukan sesuatu. Berusahalah untuk bantu isteri jadi lebih baik. Jngan pernah pvtus asa dan l4ri dari masalah kerana ia tak membntu.
“Jaga isteri baik-baik, Insya Allah rezeki kita pun akan dimurahkan. Ini yang saya nampak dalam hidup saya sendiri. Alhamdulillah, anak-anak pun baik, isteri makin berdikari. Syukur,” katanya lagi.
Sumber: rotikaya

Leave a Reply