Kuala Lumpur: “Petang semalam, doktor menghubungi saya mengatakan isteri sudah meninggal. Pada malam semalam pula, seorang doktor yang lain pula menghubungi saya dan memaklumkan isteri sedang nazak dan belum meninggal dunia.”
Itu kata pelakon, Bad atau Badrol Shah mengenai keadaan isterinya, Farah Shila Mazlan yang dikhabarkan meningg4l dunia akibat C0vid-19.
Bad, 39, yang popular menerusi filem Busut Bonang berkata, dia juga keliru dengan tindakan pihak hospital sehingga menimbulkan salah faham kepada banyak pihak.
“Saya tak faham apa yang dilakukan oleh pihak hospital. Apabila dimaklumkan bahawa isteri saya sudah meningg.al dunia, saya kongsikan berita itu di Facebook kerana itu cara untuk maklumkan kepada kenalan-kenalannya.
“Jadi, andai kata ada sesiapa yang mengenalinya atau ada hutang piutang yang belum dilunaskan, mereka akan dapat tahu berita ini.
“Tapi, apabila malam semalam seorang doktor menghubungi dan maklumkan isteri saya sedang nazak, saya sendiri jadi keliru dan sudah berlaku salah faham,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Bad, apa yang berlaku membuatkannya tr4uma.
“Ada yang cakap saya menipu dan meraih simpati. Bukan itu niat saya. Saya jadi takut sampai sekarang pun saya masih menggeletar.
“Saya hanya sampaikan apa yang dimaklumkan oleh pihak hospital kepada saya. Setiap kali dihubungi, doktor juga berbeza-beza,” katanya.
Bad juga menegaskan bahawa isterinya tidak hamil seperti yang dihebohkan di media sosial.
“Ramai salah anggap dengan tulisan saya mengenai anak kami di syurga. Saya maksudkan anak kami yang keguguran ketika berusia lima bulan dalam kandungan pada 2018.
“Bukannya isteri saya sedang mengandung sekarang,” katanya.
Difahamkan, Farah yang juga guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat sudah sembilan hari dikomakan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Bad sekeluarga termasuk empat anak-anaknya sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan sudah selesai menjalani kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu.
Selepas Siti Sarah, Isteri pelakon kerdil Badrol Shah meningg4l dunia akibat C0vid
Terdahulu Badrol atau nama sebenarnya, Badrol Shah Abdul Manan, 39, memaklumkan isterinya, Farah Sheila Mazlan, 37, meninggal dunia pada pukul 1 petang Selasa selepas lapan hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Badrol menafikan isterinya sedang hamil ketika meningg.al dunia seperti mana yang tersebar di media sosial.
“Doktor call beritahu isteri sudah meninggal dunia pukul 1 petang Selasa.
“Arwah isteri dij4ngkiti viru.s Co0vid-19 varian Delta pada 20 Julai lalu dan sejak itu dia ditempatkan di CAC Titiwangsa sebelum keadaan menjadi lebih teru.k sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU HKL.
“Sekarang saya hanya tunggu panggilan doktor bila jen4zah isteri akan dilepaskan untuk dikebumikan sebab memang ramai pes4kit Covid meninggal dunia di situ setiap hari.
“Saya juga nak betulkan info yang tersebar di media sosial, isteri saya tidak mengandung ketika meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi mStar.

Allahyarham isteri Badrol Shah bersama anak mereka.
Badrol yang juga pelakon kerdil turut menjelaskan Allahyarham isterinya yang merupakan guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur dij4ngkiti C0vid-19 ketika berada di sekitar kawasan perumahan mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak.
“Arwah isteri dij4ngkiti viru.s masa keluar rumah nak sampaikan wang khairat kematian kepada penduduk perumahan dan lepas itu kami satu keluarga disahkan p0sitif.
“Saya dan anak-anak jalani kuarantin kendiri di rumah sehingga gelang dipotong pada 1 Ogos lalu.
“Cuma keadaan isteri sahaja yang kritikal sehingga akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya yang juga merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kerdil.
Sekarang saya hanya tunggu pangilan doktor bila jen4zah isteri akan dilepaskan untuk dikebumikan sebab memang ramai pes4kit Covid meninggal dunia di situ setiap hari.
Badrol berkahwin dengan Allahyarham pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da’aiyatul Insyirah yang kini berusia dua tahun.
Pasangan ini juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang keguguran ketika kandungan isterinya memasuki bulan kelima pada tahun 2018.
Tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama Allahyarham kini turut dijaga Badrol iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordina Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7.

Badrol bersama barisan pelakon filem Busut Bonang.
“Dalam perkongsian Facebook, saya titipkan kata-kata yang arwah isteri kini dapat kembali bersatu dengan anak sulung kami yang meninggal dunia selepas isteri keguguran pada tiga tahun lalu.
“Sekarang saya perlu kuat demi anak-anak… kalau saya tumbang, pastinya anak-anak pun akan ikut tumbang.
“Sekarang tidak boleh berlakon, saya buat kerja sebagai pemandu Grab… dapat RM20 hingga RM30 sehari pun saya dah bersyukur asalkan dapat beli susu untuk anak,” katanya.
Badrol sebelum ini pernah muncul dalam filem Busut Bonang, Senario Pemburu Emas Yamashita serta drama bersiri One Two Hantu.
sumber: mstar

Leave a Reply