“Misi bantuan bersama..” Ustaz Ebit Lew Kongsi Keperibadian Azlee Senario Bt Ramai Tk S@ngka.

Pendakwah dan aktivis kemanusiaan, Ustaz Ebit Lew mengakui berasa amat gembira dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelawak, Azlee Senario lebih-lebih lagi ketika melakukan kerja-kerja amal bersamanya sebelum ini.

Jelas Ustaz Ebit, ketika menyertai misi ban.tuan amal di sebuah perkampungan orang asli, Azlee merupakan seorang yang sangat komited dan sering kali menghiburkan para penduduk kampung dengan lawak-lawak nasihatnya.

 

“Abang @azleesenario baik sangat. Dia kali dah bersama saya dalam misi membantu dan belajar iman. Ustaz, saya happy sangat. Di kampung asli, Abang Azlee ceriakan orang kampung dengan nasihat yang baik. Baik-baik sangat orang kampung kami pergi.

“Balik jer dari setelah beberapa hari bersama. Abang Azlee kata rindu betul dengan ustaz dan jemaah. Rasa nak ikut sentiasa kerja ini,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh Ustaz Ebit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut merakamkan ucapan penghargaannya buat ang.gota kumpulan lawak, Senario itu kerana bermurah hati untuk menyumbangkan buah-buah jualannya untuk misi bantuan amal ini.

“Bulan ni jer dah 8 hari abang beri untuk kerja ini. Tenang yer ustaz buat kerja begini. Bahagia jer. Sejuk hati. Te.rasa banyak tanggungjawab kita,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ustaz Ebit juga mengakui berasa amat gembira dengan keputusan Azlee yang ingin menghidupkan amalan sunnah di rumahnya sebagai rutin bersama ahli keluarga.

“Di rumah abang Azlee dah mulakan amalan Talim bersama keluarga. Rumah kita akan best sangat jika ada amalan bacaan Al-Quran dan Hadis Nabi saw setiap hari bersama,” akhirinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut menitipkan doa semoga Azlee sentiasa dimurahkan rezeki.

“Ya Allah, baiknya hati ustaz. Allah sayang ustaz.

“Rindu lawak Pak Azlee.

“Allahuakbar, semoga Allah SWT balas segala kebaikkan.

“Abang Azlee. Semoga dimurahkan rezeki,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Azlee kini difahamkan sedang mengusahakan bisnes buah-buahan serta madu di sebuah tapak pasar malam yang terletak di Saujana Utama.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.

Sumber: Instagram Azlee Senario & Ustaz Ebit Lew, mediahiburan

PERHATIAN: Pihak sinetronmalaya tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Pihak sinetronmalaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*