[VIDEO] “Bkan mhal Pn, RM3 Juta Jerr..” Isteri H@mil R@yu Suami Beli Lamborghini, Sekali Ni Yg Dpt..

Bagi para wanita, mereka pasti melalui fasa mengi.dam sepanjang menjalani proses keha.milan. Selain makanan, ada juga segelintir individu memilih ‘kebendaan’ sehingga si suami berusaha untuk memenuhi permintaan mereka.

Situasi seperti itu dilalui oleh usahawan produk, Anes Ayuni apabila meminta suaminya Ahmad Weldan untuk membeli sebuah kereta mewah jenis Lamborghini bernilai RM3 juta.

Bagaimanapun, gadis berusia 18 tahun itu memberi alasan ‘licik’ dengan mengatakan bahawa bayi sulung dalam kandungan yang ‘ingin’ memiliki kenderaan tersebut.

“Yuni mengi.dam sangat!”

Menerusi perkongsian video di platform TikTok, dia yang lebih mesra dipanggil Yunie dilihat berada di pusat jualan kereta bersama suaminya bagi meninjau koleksi kenderaan yang menjadi idaman hati.

“Dah lama Yunie mengi.dam nak beli Lamborghini. Tapi bila sampai sana, suami tak setuju nak beli. Puas Yunie pujuk dan ra.yu sebab bukan Yunie yang nak, tapi baby yang nak,” tulisnya dalam video berkenaan.

Rakaman video berdurasi seminit 21 saat tersebut memaparkan gadis berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu teruja melihat salah satu model Lamborghini berwarna kuning selain cuba sedaya upaya memujuk suaminya yang berusia 19 tahun itu.


“Nak please, tengok ni. Boleh la, RM3 juta je. B (panggilan suami), baby yang nak. Sampai hati, lambat lagi tahun depan. Bukan mahal pun,” kata Yunie yang mula merajuk.
Gelagat mereka meraih hampir 833,000 tontonan selain lebih 3,500 pelbagai reaksi netizen dengan menyifatkan permintaan Yunie itu seperti bernilai RM3.

Malah, terdapat juga segelintir netizen mene.gur tin.dakan itu adalah satu pem.baziran selain menasihati agar jangan terlalu menunjuk-nunjuk kemewahan di media sosial.

“Lain macam punya mengi.dam!..”

“Kesian ‘baby’ kena fit.nah..”

“Tak cukup ke apa yang ada?..”

“Hati2 tayang semua tu..”

“Tak payah beban.kan suami”

“Mengi.dam tu kejap je, jangan mem.bazir..”

Terdahulu pada Februari lalu, pasangan remaja terbabit pernah tular apabila membeli kereta mustang secara tunai pada hari perkahwinan sebagai hadiah di hari bahagia mereka.

Sumber: TikTok @ayunieso24

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*