Baru je baik dari Cvd19. Sekali ini pula sakit yang suami Rebecca alami sampai terpaksa jalan pakai tongkat.

Selepas diuji dengan satu keluarga dijangkiti Covid-19, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mendedahkan suaminya, Datuk Norazam Sulaiman tiba-tiba mengalami masalah sakit pada bahagian pinggang sehingga menyukarkannya untuk berjalan.

Tak tahu punca

Menurut Rebecca, 35, dia tidak tahu punca sebenar suaminya mengalami sakit pinggang namun dia beranggapan mungkin ada kaitan kesan selepas sembuh daripada dijangkiti Covid-19.

Akui risau melihat keadaan kesihatan suaminya, pemilik nama Rebecca Nur Al-Islam Ahmad terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Suami tercinta tiba-tiba sukar nak berjalan sebab sakit pada bahagian pinggang. Bangun susah dan nak jalan harus ada tongkatnya..

Dua hari lepas dah mula rasakan sesuatu pada pinggang tetapi tetap cuba kuatkan diri. Semalam macam susah nak berjalan pula dan terus bawa suami ke hospital sebab terlalu risau.

Tidak tahu nak cakap apa puncanya. Mungkin selepas baik daripada Covid-19 tahap empat dan lima. Hanya Allah SWT yang mengetahui.

Tengok keadaan dalam seminggu

Sementara itu, ibu kepada enam cahaya mata ini menyatakan suaminya diberi ubat oleh doktor dan akan dipantau keadaannya dalam masa seminggu. Apa-apa pun doktor bagi ubat untuk seminggu tengok macam mana. Secara jujur suami memang tidak suka pergi hospital, apatah lagi masuk hospital. Insya-Allah semoga baik dan sakitnya ini biasa-biasa sahaja.

Engkau tariklah segala sakit yang dia rasa, engkau bantulah suamiku. Sesungguhnya engkau maha segala-galanya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya, kelihatan Norazam terpaksa disorong menggunakan kerusi roda ketika berada di hospital. Malah, dia juga kelihatan sukar untuk berjalan dan terpaksa menggunakan tongkat.

Pada awal Julai lalu, Rebecca, suami, anak-anak dan pembantu rumah disahkan pos1tif Cvd-19. Ketika itu, keadaan suaminya dilaporkan dalam keadaan teruk apabila berada di tahap empat sehinggakan terpaksa dimasukkan ke sebuah Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan oksigen. Sumber: Instagram  @rebeccanuralislamahmad

Akhirnya suami dah keluar dari hospital. Datin Rebecca syukur keluarga bebas Covid 19 dan ini keadaan terkini mereka.

Sebelum ini, tular di media sosial pelakon terkenal, Datin Rabecca Nur Al Islam memaklumkan yang dia dan keluarganya ditimpa musibah apabila dijangkiti Covid-19. Ketika itu, beliau memberitahu yang suaminya, Datuk Norazam Sulaiman berada dalam keadaan kritik4l, manakala anak-anak dan pembantu rumah juga disahkan positif.

Video :

https://www.instagram.com/p/CRHf-o6jLAQ/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

Doa minta kesembuhan termakbul

Namun begitu, doa yang tidak pernah putus untuk kembali sihat dan berkumpul semula bersama keluarga termakbul apabila suaminya disahkan bebas daripada wabak tersebut pada hari ini. Lebih menggembirakan, mereka mendapat khabar tersebut pada Hari Raya Aidiladha dan dapat meraikan hari istimewa ini bersama-sama dirumah.

Ucapkan terima kasih kepada semua

Justeru itu, Datin Rabecca mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka sekeluarga sehingga akhirnya semua telah kembali bebas daripada pandemik Covid-19. Beliau juga menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada barisan frontliner yang bersusah-payah memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk semua.

Syukur alhamdulillah

Sehubugan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan syukur yang tidak terhingga apabila melihat posting yang dibuat pelakon wanita tersebut. Mereka juga mendoakan agar mereka semua terus diberikan kesihatan yang baik dan terhindar dari sebarang jangkitan wabak maut itu semula.

Semoga semua bertambah sihat

Selamat hari raya datin & keluarga

Sumber: Oh My Media

Rakaman perbualan Rebecca dan pihak hospital dikritik oleh warganet. Boleh pula operator jawab macam ni.

Bagi mereka yang mengikuti Instagram Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad, korang pasti dah dengar tentang dugaan yang terpaksa dia lalui ketika suami dan enam orang anak termasuklah dirinya sendiri dijangkiti wabak COVID 19. Menerusi perkongsian Rebecca, suaminya kini sangat dalam keadaan yang teruk dan berada di tahap 4 COVID 19 hingga mengalami kesukaran dalam bernafas.

Rakam perbualan dengan operator hospital 

Video :

https://www.instagram.com/tv/CRTGysXjDvD/?utm_source=ig_embed&ig_rid=ae237066-bcfd-41ac-b067-2ab133cc9f43

Walau bagaimanapun, tular juga semalam perbualan Rebecca dengan seorang petugas kesihatan sebuah hospital di Lembah Klang. Menerusi perbualan yang dimuat naik sendiri Rebecca di Instagram, dia dilihat dalam usaha untuk menghubungi pihak hospital bagi mendapatkan ambulans buat pembantu rumahnya yang kini sedang sesak nafas. Pun begitu, pihak hospital mengatakan bahawa mereka tidak mampu menghantar ambulans lagi kerana menerima terlalu banyak panggilan kecemasan.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CRTdjBgDQdF/?utm_source=ig_embed&ig_rid=e3f2f4ab-4638-47a2-ab53-25cc81796206

“Bukan pembantu puan saja yang dah nak hujung nyawa…”

Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan petugas kesihatan, Rebecca sekali lagi menelefon pihak hospital dengan usaha untuk mendapatkan ambulans buat pembantu rumahnya. Namun operator atau petugas yang menjawab telefon terbabit berkata mereka hanya punya empat ambulans sahaja dan tidak mampu hadir dengan cepat ke rumahnya.

Rebecca bertegas mengatakan pembantu rumahnya dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ pada ketika ini. Tak cukup dengan itu, dia juga bertanya jika ada waiting list terhadap servis ambulans tersebut dan masa yang dijangkakan bagi ambulans itu untuk tiba di rumahnya.

“Ada waiting list ke? Sekarang ni, 999 ni kita utamakan kes yang mengnc4m nyawa. “Puan ini mengnc4m nyawa, puan. Pembantu saya dah hujung nyawa dah saya rasa.”  “Puan, bukan pembantu puan saja yang macam tu, ramai lagi yang hujung nyawa tengah call kita untuk waiting untuk transport.”  Petugas kesihatan itu kemudian memberi suggestion lain iaitu untuk Rebecca drive sendiri dan bawa mereka yang sakit ke hospital.

“Dah habis beradab dah operator tu jawab” 

Video yang dimuat naik Rebecca itu kemudian viral di Twitter dan warganet telah mengkritiknya kerana dikatakan tidak memahami situasi yang dialami pihak hospital pada ketika itu yang terpaksa merawat terlalu banyak pesakit.

“Mummy record untuk menunjukkan satu Malaysia kita di gelombang yang sangat teruk” . Apa-apapun Rebecca menerusi kapsyen di video Instagram ada menjelaskan yang tujuan dia membuat rakaman tersebut ialah untuk menunjukkan betapa teruknya gelombang COVID 19 sekarang di negara kita. Malah dia juga mengakui mungkin operator yang menjawab telefon tersebut berada dalam keadaan stress kerana terpaksa menjawab terlalu banyak panggilan kecemasan.

Kedua-dua pihak rasanya pada masa ni memang dalam keadaan stress pun, jadi tak boleh nak salahkan si pemanggil telefon juga. Mesti dia pun dalam keadaan panik kan. Apa-apapun kita doalah mereka yang sakit tu cepat sembuh. Aamin. Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*