Sebuah klip video memaparkan seorang anggota po.lis trafik mena.ngis tere.sak-esak apabila mendapat khabar ibu bapanya yang dijang.kiti Co.vid-19 perlu ditidurkan mengun.dang se.bak netizen.
Menerusi video berdurasi 21 saat yang dimuat naik pemilik akaun TikTok bernama mrbulatt87, ang.gota po.lis berkenaan dilihat beru.lang kali mengucapkan takbir sambil ditenangkan rakan setugasnya.
“Semoaga tabah abang. Minta doakan yang baik-baik kepada mak ayah beliau yang telah diti.durkan.
“Minta kenalan semua kita doakan ya pada Normala Abdul Ghani (ibu) dan Sharip Ibrahim (bapa). Co.vid-19 itu benar,” ujarnya dalam kapsyen video berkenaan.
VIDEO:
Kosmo! difahamkan ibu bapa lelaki berkenaan turut pernah berkhidmat dalam pasukan Po.lis Diraja Malaysia.
Video itu ditonton lebih 700,000 kali dengan kebanyakan pengguna media sosial tersebut memberi kata-kata semangat selain mendoakan kesihatan ibu bapa anggota po.lis berkenaan.
“Mereka juga manusia biasa. Di sebalik uniform ter.selit banyak kisah suka dan duka. Semoga Allah permudahkan urusan dan memberi kesembuhan kepada mak dan ayah abang po.lis ini. Amin,” doa Fiq Taufiq.
“Semoga dipermudahkan urusan. Kasihan petugas barisan hadapan kita. Penat. Keluarga kena Co.vid-19 tetap kena kerja,” komen Szry Ertyqa.
“Betul kata orang sekeras mana pun kita tetapi bab mak ayah kita boleh tewas. Harap sangat ibu bapa abang cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala,” ujar dien754.
Komen Netizen:

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber;K! ONLINE

Leave a Reply