PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu.
Menurut beliau, pelantikan bekas Perdana Menteri ke-8 itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
“Pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan ini,” katanya
‘Beri kepercayaan pada Muhyiddin sebab dia pengerusikan MPN dari awal’
Anggota parlimen Pagoh Muhyiddin Yassin dilantik semua ke Majlis Pemulihan Negara (MPN) kerana dia telah mempengerusikannya sejak awal, kata Perdana Ismail Sabri Yaakob.
“Memang Pagoh pengerusikan mesyuarat ini sejak mula diwujudkan, maka kita beri kepercayaan Pagoh teruskan tugasnya,” katanya dalam sesi soal jawab di parlimen hari ini.
Dia berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Saifuddin Nasution Ismail (PH- Kulim-Bandar Baharu) yang mahu tahu kenapa Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi MPN.
Muhyddin dilantik sebagai pengerusi MPN dengan status menteri pada 4 September lalu.
PPN diperkenalkan era pentadbiran 17 bulan Muhyiddin sebelum dijatuhkan oleh Umno.
Rancangan itu memperkenalkan empat tahap sebelum ekonomi dibuka semula sepuhnya dengan mengambil kira jumlah kes harian Covid-19, kapasiti hospital dan kadar vaksinasi.

Leave a Reply