Penyanyi Nourul Depp, 42, memanjatkan kesyukuran dan lega diberitahu Indonesia sudah membenarkan kemasukan ke sana selepas hasrat keluarganya berpindah ke Bali pada Julai lalu terbantut. Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab mengakui rasa tidak keruan selama lebih sebulan akibat masih terkandas dalam negara kerana Indonesia menutup sempadan susulan situasi pandemik Covid-19 tambah membimbangkan.
“Alhamdulillah, dalam sehari dua lagi kami akhirnya dapat pindah ke sana (Bali). Kami diberitahu, kerajaan Indonesia sudah membuka semula kemasukan tapi masih menunggu tarikh untuk terbang. Difahamkan, mereka juga sedang mempersiapkan sistem keselamatan di lapangan terbang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Baguslah kerana mereka betul-betul menitikberatkan aspek itu. Semestinya, saya lega dan gembira sebab sudah boleh masuk mengikut visa kami. Lebih sebulan kami tertunggu-tunggu tanpa sebarang kepastian, memang tak keruanlah jadinya,” katanya.
Penyanyi lagu Kerana Terluka itu mendedahkan, mereka sekeluarga terpaksa bersabar dan berdoa selama lebih sebulan ini agar urusan perpindahan ke sana dipermudahkan. “Sepanjang menunggu dari 22 Julai lalu, setiap minggu rasa berdebar sampai rasa tertekan juga. Ramai yang nak masuk sebab berpindah dan bekerja, terkandas. Walaupun emosi agak terganggu juga sebab banyak hal tergendala, kami cuma tawakal dan tabahkan hati. Kami fikir mungkin Allah memang nak selamatkan kami daripada wabak ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nourul mengakui agak gementar untuk mula berkelana di negara orang. Namun baginya, pengembaraan itu pasti mengujakan kerana dia sendiri ingin cuba angin berbeza di tempat baharu. “Gementar campur teruja apabila memikirkan untuk sesuaikan diri di tempat orang. Apapun, saya ‘go with the flow’ saja dan jadi diri-sendiri di sana nanti,” katanya.
Pada Jun lalu, Nourul memaklumkan mereka sekeluarga bakal berhijrah ke Bali pada pertengahan Julai, selepas lama berhajat untuk berbuat demikian. Dia dan suaminya, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2. Sementara, menerusi perkahwinan terdahulunya bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah, 23. Sumber : Trending Sangat
Nourul Depp mula rasa sayu untuk tinggalkan Malaysia. Sekali in sebabnya dia bakal berhijrah ke negara lain.
Hati penyanyi Nourul Depp mula diselimuti rasa sayu apabila bakal tinggalkan Malaysia untuk berhijrah ke Bali, Indonesia tidak lama lagi. Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelantun lagu Kerana Terluka itu berkongsi pemandangan harian dari unit kondominium miliknya yang menghadap pemandangan Menara Kuala Lumpur (KL Tower). Dalam perkongsian tersebut, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, meluahkan rasa sedih apabila tidak lagi dapat menikmati pemandangan KL Tower yang dilihatnya setiap hari dari kediamannya.
“Saya akan merindui pemandangan ini (KL Tower). Sedih pula nak tinggalkan unit ini (rumahnya). Ini belum lagi pindah negara (Bali). Insha-Allah minggu depan,” tulisnya. Pada masa sama, Nourul turut meluahkan rasa sayang dan cintanya kepada tanah air dan berharap dapat berbakti pada negara. “Sayang Kuala Lumpur, sayang Malaysia. Saya harap dapat berbakti kepada negara. Semoga anda semua dirahmati Allah SWT,” katanya.
Mengintai dalam ruangan komen, hantaran penyanyi itu turut mendapat respons daripada rakan artis antaranya penyanyi, Ning Baizura. ” Salam sayang. Semoga perjalanannya selamat. Sayang awak. Nanti kalau ada berkesempatan, saya akan melawat awak walaupun tidak tahu waktunya,” tulis Ning Baizura.
Terdahulu, Nourul mendedahkan bahawa dia bakal berhijrah ke Bali untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama keluarganya. Penghijrahan tersebut awalnya dirancang pada tahun lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan negara, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan seketika.
“Penghijrahan ini untuk pendidikan dan masa depan anak-anak. Kami berhasrat untuk masukkan mereka ke sebuah sekolah di sana yang sangat bagus dan berkonsepkan kemahiran,” katanya.
Katanya lagi, memang impian suaminya untuk berhijrah ke Bali kerana sebelum ini dia pernah menetap selama dua tahun di sana. Nourul dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2. Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23. Sumber – K! ONLINE
Tak sangka dah besar anak dara Sari dan Jep. Sekali ramai pula yang memuji sampai pula posing macam ni.
Penuh kasih sayang dan tidak menimbulkan kontroversi, keluarga aktres Sari Yanti dan pasangannya pelawak Jep Sepahtu antara yang sering menjadi perhatian netizen di laman Instagram. Terbaru, satu-satunya anak perempuan mereka iaitu Dariya Inara mengambil tumpuan ramai apabila tampil mengenakan busana kebaya sempena sambutan Aidiladha kelmarin. Menerusi perkongsian foto di laman Instagram masing-masing, si cilik berusia tiga tahun itu nampak ayu berkebaya putih dengan padanan kain batik merah.
Meskipun tiada pembantu rumah dan pengasuh, Sari atau nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari tetap memastikan lima orang anaknya kelihatan kemas sebelum bergambar kenang-kenangan seisi keluarga. Malah, Dariya juga dilihat paling menyerlah dengan melakukan pelbagai gaya ‘posing’ di hadapan kamera tanpa berasa kekok seperti kanak-kanak seusianya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut mereka memuji kecomelan Dariya yang dilihat sudah seperti ‘anak dara’ selain cantik serta bergaya tidak ubah seperti ibunya.
Terdahulu, Sari berkahwin dengan Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri bin Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr. Sari turut mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq. Sumber: Oh My Media
Baru berusia tidak sampai setahun. Anak Fasha Sandha dah boleh buat aktiviti ini
Perasaan ibu mana yang tak gembira melihat perkembangan perma4ta hati. Bermula dengan meniar4p, merngkak dan kini sudah pandai berjalan. Itulah yang tergmbar daripada pelakon versatil, Fasha Sandha yang baru-baru ini ada berkongsi perkembangan anak ketiganya, Aisha Amaira yang kini mulai bertatih meski baru mencecah us1a 10 bulan. Sambil menzahirkan rasa syukur, bintang drama Sc4mmer itu turut memaklumkan anaknya itu bakal menginj4k usia setahun tidak lama lagi.


“10 bulan dah dapat kaki. Syukur Alhamdulillah. Bby 2020, lah1r time pkp, lagi sebulan lebih dah masuk setahun. Masih PKP lagi ka kita, stay safe everyone. #iburayfalrayshaaisha,” tulis Fasha pada ruangan kapsyen.
Menerusi video yang dikongsikan, seronok melihat aks1 linc4h Aisha yang berjalan perlahan-lahan selepas di agah ibunya itu. Sehingga kini, hantaran tersebut sudah mendapat lebih 50,000 tanda suka daripada peminat. Terdahulu, Fasha juga pernah berk0ngsi menu keg3maran Aisha yang cukup berselera makan, terutama nasi lmbut yang dik1sar bersama l0bak, kent4ng dan juga sup ayam.
Video :
Untuk rek0d, Fasha dan suam1nya yang juga pelakon, Aidil Aziz mendirikan rumah t4ngga pada 28 Mac 2019 dan selepas mengalami kegvguran, Fasha selamat men1mang cahaya mata pertama mereka, Aisha Amaira pada 7 Ogos 2020. Sumber : MH
Majlis Aqiqah anak Lisa dan Yusry terima pujian ramai. Siap agihkan nasi arab untuk golongan ini.
Aktres jelita Datin Lisa Surihani dan suami Datuk Yusry telah menganjurkan majlis aqiqah buat anak ketiganya, Yunos Laith pada Isnin. Menerusi laman sosial Instagram, Lisa berkongsi sebuah video pembungkusan makanan upacara aqiqah tersebut yang dilakukan secara sederhana untuk tatapan umum.
Apa yang menarik perhatian wargamaya, majlis dilakukan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dimana penyembel1h4n dua ekor kambing serta semua makanan diagihkan dan dihantar pada golongan asnaf dan keluarga terdekat.
“Terima kasih @kedaikopikl tolong permudahkan untuk kami laksanakan upacara aqiqah bagi anak kami Yunos Laith bin Yusry, dan membantu kami untuk agihkan dengan servis penghantaran makanan nasi arab dari penyembelihan dua ekor kambing bagi golongan asnaf dan keluarga terdekat. Alhamdulillah selesai. Thank you sayang daddy @yusryabdhalim,” tulis Lisa di ruangan kapsyen.
Selain itu juga, Lisa turut berkongsi foto cukur rambut Yunos yang dilakukan sendiri olehnya dan Yusry. Meninjau ke ruangan komen, majlis aqiqah anak Lisa dan Yusry ini menerima ramai pujian ramai apabila ia dilakukan secara sederhana dan mematuhi S0P yang telah ditetapkan.
“Masya-Allah, inilah cara yang betul untuk melakukan majlis aqiqah. Tak perlu perhiasan berlebihan, membazir dan tidak perlu kehadiran ustaz selebriti,” komen seorang wargamaya. “Ni baru betul majlis aqiqah ikut S0P,” kata seorang wargamaya. “Alhamdulillah memang cara yang betul, mendahulukan asnaf Semoga ada keberkatan di situ,” tulis seorang wargamaya.
“Alhamdulillah itulah yang sebaik-baiknya. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada keluarga awak,” puji seorang wargamaya. “Alhamdulillah, idea yang terbaik untuk buat aqiqah. Banyak cara boleh lakukan majlis ni. Jadi anak yang soleh dan solehah ya The YL,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan serta foto cukur rambut meraih 90,000 tanda suka daripada pengikutnya. Pada 15 Jun lalu, Lisa selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Yunos Laith seberat 3.49 kilogram di sebuah pusat perubatan di Bangsar. Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leanne, 4. Sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply