Lepas je Iqbal muat naik story pasal harga pakian. Kali ni giliran Cik B pula tayang buat warganet terhibur.

Belakangan ini, media sosial dipenuhi dengan kisah perancangan Iqbal dan Dato Seri Vida (DSV) untuk berkahwin yang dibantah oleh Cik B. Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamileen Mohd Amin berkata dia tidak merestui hubungan pasangan berkenaan. Malah, Cik B juga ada membuat reaksi terhadap janji Iqbal kepada ibunya, DSV baru-baru ini.

Bercerita tentang Iqbal, tular di laman Twitter apabila warganet memperkatakan tentang Instagram Story jejaka ini yang mempamerkan harga pakaian yang dipakainya. Dalam Instagram Story yang telah ditangkap layar itu, Iqbal menyatakan harga buat suit, kasut, jam dan bag yang dipakainya. Difahamkan, jumlah kesemua aksesori ini bernilai RM42,800.

Melihatkan gambar ini hangat diperkatakan oleh warganet, Cik B membalas ciapan tersebut dengan ‘flex’ versinya yang tersendiri. Bagaimanapun, Cik B tidak menyatakan harga pakaian jenama mewah yang dipakainya di dalam video tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kerenah Cik B yang turut serta ‘flex’ pakaian mewah miliknya. Tidak kurang juga ada warganet yang mempersoalkan tindakan Iqbal menyatakan harga buat setiap pakaiannya.

https://twitter.com/i/status/1439123585554022400

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : ttk

Iqbal dah anggap usia tidak menghalangnya untuk halalkan hubungan dengan DSV. Tapi ada pula perkara yang libatkan Cik B.

Meskipun timbul cakap-cakap belakang mengenai kisah jalinan hubungannya dengan Vida, bekas pembantu peribadi usahawan kosmetik itu, Ahmad Iqbal Zulkefli (Iqbal) tidak melihat perasaan yang timbul seperti bertepuk sebelah tangan.

Secara peribadi, Iqbal berkata, dia juga tidak melihat ia sebagai penghalang biarpun jarak usia 22 tahun antara mereka. Namun, kata Iqbal, dia tidak berani untuk menterjemahkan perasaan itu lebih daripada apa yang sepatutnya.

“Saya pun tak melihat seperti bertepuk sebelah tangan. Cuma nak kata bercinta itu tak berani. Perasaan itu seolah olah tergantung sepi tanpa ada kesudahan. Lagipun dia sudah pernah berdepan kegagalan rumah tangga dan perasaan keluarga juga perlu dijaga. Masa dia berpisah pun, saya ada di sisinya. Ikutkan saya pernah bawanya berjumpa dengan keluarga di Kelantan dulu. Jujur kami pernah hampir nak berkahwin, tapi atas beberapa sebab ia tak jadi,” katanya.

Kata Iqbal lagi, hubungan dan perasaan itu dilihat terus terbatas apatah lagi memikirkan perasaan anak Vida, Cik B juga perlu dijaga.

“Cik B tak mahu ibunya terus terluka. Justeru, selepas ditimbang tara, mungkin kami lebih sesuai berkawan. Bercinta itu juga tidak semestinya memilikikan? Dalam sehari kami boleh berborak dua tiga jam bercakap soal bisnes. Jika ada masalah itu ini termasuk perihal staf, dia akan luah. Saya suntik semangat kepadanya jika dia tidak bersemangat. Kalau dia nangis pun, nangislah jika itu membahagiakan,” katanya.

Kisah hubungan antara Vida dengan Iqbal kembali hangat diperkatakan baru baru ini susulan sesi siaran langsung antara usahawan sensasi Aliff Syukri yang memetik kisah jodoh Vida dengan pemuda itu. Malah Aliff sendiri mahu Vida berkahwin saja dengan bekas pelajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam penulisan kreatif itu.

Iqbal, 27, sendiri turut memuat naik sebahagian klip video berkenaan dan dikongsi di laman Instagramnya. Bagi Iqbal yang turut meneroka dunia niaga produk penjagaan kulit, Iba Skin Care dan minyak wangi (Iba Perfumes), kisahnya dengan usahawan berusia 49 tahun tersebut sebenarnya agak merumitkan.

“Ikutkan ketika saya masih menjadi pembantu peribadinya lagi, persoalan jodoh dan kahwin sering diajukan. Sejak dulu sampai satu tahap saya dianggap ‘anak ikan’nya apabila ada yang tidak tahu hubungan kami sebenarnya antara majikan dan pekerja. Tapi sejak itu juga, ia bagai berlalu pergi. Tak sangka pula Aliff petik balik kisah ini. Sebagai lelaki, kalau cakap soal hati dan selama mengenali insan bernama Vida itu, saya mengakui terpaut hati dan sayang kepadanya. Tapi saya tahu kenyataan sebegini akan menjerat diri. Siapalah saya ketika itu nak mendekatinya yang dianggap berpengaruh. Saya pasti dianggap mahu menumpang populariti dan kekayaannya,” katanya. Sumber : Trending Sangat

DSV bakal umumkan tarikh nikah. Sekali DSV akui dia memang ikhlas terima dan harap ini jodoh terbaik.

Ramai yang gembira dan mendoakan Ahmad Iqbal Zulkefli iaitu bekas pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri (DS) Vida. Bukan apa, dengar ura-ura mahu berkahwin!

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal atau mesra dipanggil Iba telah memuat naik video klip pendek perbualan di antara DS Vida dan Dato Seri (DS) Aliff Syukri. Perbualan tersebut mendedahkan Iba bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Selepas beberapa hari desas desus pekara tersebut,akhirnya Dato Sri Vida bakal mengumumkan tarikh nikah beliau tidak lama lagi. Perkongsian tersebut telah dibuat melalui laman IG beliau pada semalam.

DIA MEMANG IKHLAS TERIMA SAYA..HARAP INI JODOH YANG TERBAIK..

Video :

https://www.instagram.com/tv/CTHcx75K6HF/?utm_source=ig_embed&ig_rid=af5862b7-e8fb-4675-bfdb-4501362e4bd9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*