Caprice Seru Ebit Lew Minta Maaf, Doakan Agar Kembali Bertaubat

>Kontroversi melibatkan influencer terkenal, Caprice dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sebelum ini sememangnya menjadi bualan ramai.

Boleh dikata influencer tersebut teruk dihntam netizen kerana dilihat sengaja mencetuskan pergolakan, lebih-lebih lagi melibatkan isu misi kemanusiaan di Gaza.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini, pendakwah bebas berkenaan telah dihimpit satu lagi dkwaan yang cukup besar iaitu berhubung kait dengan dkwaan serngan sek sual dan perkara tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Ada saja pendedahan yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya bertebaran di media sosial sehingga mencetuskan perdebatan sesama netizen.

Mohon buat permintaan maaf secara terbuka

Jadi, Caprice menerusi InstaStorynya telah meminta agar Ustaz Ebit Lew tampil memohon maaf secara terbuka kepadanya dan orang lain.

Menurut influencer tersebut, tidak kisahlah kita memakai baku apa sekalipun, sebagai manusia kita memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.

Doakan supaya bertaubat

Dalam pada itu, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli tetap mendoakan yang terbaik buat insan tersebut dan berharap agar beliau bertaubat.

Terdahulu, pendedahan daripada seorang pendakwah, Firdaus Wong berhubung isu serangan seksual benar-benar mengejutkan ramai kerana nama Ustaz Ebit Lew turut terseret sama walaupun tidak dapat dipastikan lagi sebarang kesahihannya.

Walau bagaimanapun, para netizen diminta untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan supaya siasatan pihak polis yang sedang berjalan tidak terganggu.

Semoga kebenaran kembali ditegakkan.

Sumber: InstaStory Caprice

Kredit : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*