(Video) ‘Ini yang kita mau, kutip semua kon cop parking tu’ – Netizen puji tindakan tegas MPAJ banteras amalan cop parking

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi penduduk di perumahan pangsapuri yang selalu ‘cop parking’ walaupun tahu petak parkir yang disediakan itu adalah untuk kegunaan semua penduduk di kawasan tersebut. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pemilik rumah mempunyai lebih dari sebuah kenderaan menyebabkan petak parkir yang disediakan tidak mencukupi.

Disebabkan kesukaran mendapatkan petak parkir, ada segelintir penduduk yang mementingkan diri bertindak melakukan amalan cop parking dengan menggunakan pelbagai objek seperti kon, kerusi, tong dan lain-lain agar petak parkir tersebut tidak diambil oleh pengguna lain.

Namun, amalan seperti ini adalah tidak wajar dilakukan lebih-lebih lagi petak parkir yang disediakan itu adalah kemudahan awam untuk penduduk di kawasan itu. Tindakan tidak bertanggungjawab itu juga melanggar undang-undang dan mana-mana penduduk yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjalankan operasi menghapuskan amalan cop parking di sebuah perumahan flat yang menyaksikan pelbagai objek yang digunakan untuk cop parking dirampas menggunakan dua lori MPAJ.

Operasi MPAJ itu sempat dirakam oleh salah seorang penduduk yang turut berpuas hati dengan tindakan tegas pihak berkenaan bagi memberi pengajaran kepada penduduk terbabit.

 

Sumber: Facebook

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*