Dato Ayob Khan dedah aduan salah laku Ketua Polis Daerah. Sekali ini tindakannya.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menddahkan banyak menerima surat layang berkaitan salahlaku ketua polis daerah melalui nombor telefon peribadinya yang dikongsi di media sosial.

“Maklumat daripada surat layang ini saya akan siasat dulu, sama ada betul atau tidak perkara yang didkwa itu. Saya akan ambil tindakan jika maklumat yang disalurkan dalam surat layang itu benar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai dialog pada Program Mengukuh Integriti dan Menangani Rasuah Dalam Penjawat Awam di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah LPP Negeri Johor Datuk Sawalludin Ahmad, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Amiruddin Bahar dan Pengurus Besar PPNJ Ramlan Othman.

Menurut Ayob Khan, bukan setakat surat layang, malah beliau turut menerima aduan serta maklumat awam melalui nombor telefon peribadinya itu.

Katanya, aduan serta maklumat yang disalurkan orang awam itu akan diteliti terlebih dahulu sebelum tindakan diambil menerusi ketua-ketua polis daerah termasuk mengadakan serbuan dan tangkapan.

“Apa salahnya saya kongsi nombor telefon di media sosial kerana daripada situlah saya dapat banyak maklumat. Dua (tiga) hari lalu, seorang individu mesej saya, beritahu ada sebuah kelab malam di kawasan Johor Bahru Selatan yang terlalu bising. Ada sesetengah pihak tidak suka berkongsi nombor peribadi mereka kerana menganggap ia sebagai mengganggu, tetapi bagi saya ia bukan masalah besar. Saya terus arahkan ketua polis daerah di situ tengok dan betul ada kelab malam sedang beroperasi yang mana ada 26 pengunjung sedang berhibur. Kompaun RM150,000 juga dikeluarkan kerana langgar prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, maklumat yang disalurkan itu memerlukan tindakan segera polis berikutan tindakan mereka sering diperhatikan masyarakat terutama membabitkan isu rasuah.

“Orang awam sentiasa perhatikan polis. Mereka lihat sama ada wujud tindakan kawtim daripada polis terhadap maklumat yang diberikan itu. Jangan pula maklumat diberikan kepada polis, tetapi tiada tindakan lanjut diambil menyebabkan masyarakat akan ingat ada unsur rasuah,” katanya.

Pada majlis itu, LPP Negeri Johor menyampaikan sumbangan kotak makanan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) menerusi Program Mafi Prihatin kepada petugas barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Sumber : Hmetro

Imam masjid rugi lebih RM 50k gara gara ditipu oleh bakal menantu. Sekali Polis dedahkan macam mana bakal menantu boleh ambil duit.

Imam masjid rugi lebih RM50,000 selepas ditipu seorang lelaki yang juga bakal menantunya sejak Jun hingga pertengahan September lalu. Berikutan itu, imam berusia 65 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Bachok pada 14 September lalu untuk tindakan lanjut.

Imam berkenaan dikatakan mengenali lelaki berusia 36 tahun itu pada Jun lalu menerusi anak perempuannya yang berusia 28 tahun. Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, bakal menantunya itu mendkwa mempunyai perniagaan emas dan kambing perap serta beberapa kali meminta wang untuk dijadikan modal daripada imam terbabit.

“Imam berkenaan kemudiannya memberi lebih RM38,000 daripada awal Jun hingga September secara berperingkat di Bandar Baru Kubang Kerian. Imam berkenaan juga memberikan barang kemas bernilai RM6,000 dan sebuah kereta Proton Gen2 bagi memudahkan urusan perniagaan bakal menantunya itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, imam itu hanya menyedari dirinya ditipu oleh bakal menantu sebelum tampil membuat laporan polis berikutan wang yang dipinjamkan tidak dipulangkan kembali pada 14 September lalu. Menurutnya, imam berkenaan dikatakan cuba menghubungi bakal menantunya itu untuk menuntut wangnya, namun pelbagai alasan diberikan lelaki terbabit.

“Susulan laporan mngs4, lelaki berkenaan kemudiannya ditahan pada 11 malam tadi di sebuah rumah di Jalan Pengkalan Chepa bagi membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dalam proses untuk tahanan reman,” katanya.

Kejadian itu tular di Facebook apabila seorang mngs4 yang dikenali sebagai Nurul Afifah membuat hantaran dengan mendkwa bahawa mereka seperti ‘dipukau’. Dkwanya, mereka kerugian RM55,800 apabila wang simpanan ibu, ayah dan abangnya serta duit yang dipinjam daripada saudara terdekat serta barang kemas diserahkan kepada lelaki berkenaan. Sumber : HMETRO ONLINE

Imam besar Masjid tampil mohon maaf secara terbuka berhubung rakaman ini. Rupanya ini sebabnya sampai dia tampil sekali lagi mohon maaf.

Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung video penjelasannya mengenai isu layanan dua darjat bagi solat Jumaat di Masjid Putra, baru-baru ini. Ikmal berkongsi rakaman maaf secara terbuka itu menerusi laman Facebook Masjid Putra Putrajaya, kira-kira pukul 10.25 malam tadi. Menurutnya, beliau memohon maaf berhubung penjelasannya yang dilihat agak keterlaluan berhubung video tular itu.

“Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan membaiki keadaan terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Putra. Saya juga mengajak semua khasnya jemaah Masjid Putra untuk teruskan aktiviti pengimarahan sama ada solat Jumaat atau solat fardu dan program yang akan dianjurkan kelak,” katanya.

Sebelum ini, Ikmal memuat naik video bagi memberi penjelasan sebenar berhubung isu tular itu malah, beliau tidak reda dengan penyebaran video berkenaan.

Menerusi rakaman video itu, Ikmal turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada hari berkenaan. Malah, beliau turut menggesa individu yang menularkan video itu tampil memohon maaf kepada pihak penguruasan masjid. Sebelum itu, pihak pengurusan Masjid Putra menerusi kenyataan akhbar memohon maaf kepada semua pihak sekiranya wujud kekeliruan susulan penyebaran video tular itu. Sumber – K! ONLINE

Tak dapat masuk masjid. Ini yang bekas MB Negeri Sembilan buat sampai ramai yang suruh contohinya.

Semalam merupakan hari dimana kaum lel4ki beragama Islam menvnaikan solat Juma4t. Pastinya dalam tempoh pendem1k ini, jumlah pengunjvng yang ingin menun4ikan kewajiban solat Jumaat t3rpaksa dihadkan demi m3ngelakkan sebarang penularan. Oleh itu, disesetengah masjid, merek4 yang hadir lewat terp4ksa solat di luar pag.ar kerana pihak pengurusan leb1h mengutamakan mereka y4ng sudah tiba lebi.h awal disana.

Solat luar pagar

Jadi, menerusi satu perkongsian di laman media sosial, gambar b3kas menteri besar Nege.ri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan s0lat diluar pintu pag.ar masjid kerana tidak dap4t m4suk ke dalam bagi menun4ikan solat Jumaat telah tular.

Bergambar dengan AJK masjid lepas s0lat. Dalam muat naik tersebut, jelas kelih4tan Tok Mat hanya dvduk beralaskan sejadah yang dibawa dan dibentang di t4r jalan betul-betvl dihadapan pintu pagar masjid.

Walau bagaimanapun, seusai daripada menvnaikan solat, Tok Mat sempat bergambar dengan pihak pengurusan masj1d yang menyedari k3hadiran bekas menteri besar itu.

Terbaik Tok Mat

Sehubungan dengan perkongsian yang dibvat, rata-rata warg4net telah tinggalkan pelbagai komen diruangan F4cebok sumber. Kebanyakkan daripada mereka memuji sikap yang ditunjukkan Tok Mat kepada masyarakat kerana tetap merendah diri.

Solat luar pagar pun boleh

Sumber : Selangor Media

Kecoh kata Masjid Putra double standard. Sekali pihak Masjid tampil dedahkan sesuatu dan ini yang dia buat lepas kapasiti jemaah dah mencukupi.

Pengurusan Masjid Putra tampil memberi penjelasan berhubung penularan satu video di laman sosial kononnya mendakwa mereka memberi layanan berbeza kepada jemaah yang hadir bagi mengikuti solat Jumaat.

Pengurusan Masjid Putra dalam satu kenyataan berkata, kehadiran jemaah untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di masjid itu adalah masih mengikut garis panduan dan ketetapan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu dengan kapasiti 300 orang.

Menurut kenyataan itu, daripada jumlah itu, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota buat jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dengan turut memaklumkan jangkaan waktu ketibaan mereka.

“Ini adalah bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota ditetapkan,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Satu video tular di laman sosial sejak Jumaat memaparkan ketidakpuasan hati sebilangan jemaah terhadap pengurusan masjid itu yang dilihat memberi layanan berbeza kepada mereka sewaktu ingin menunaikan solat Jumaat.

Menerusi perkongsian video berdurasi 51 saat itu, pengurusan masjid dilihat menutup pintu pagar dan hanya membenarkan jemaah tertentu memasuki ruang rumah ibadah terbabit.

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, saban minggu Masjid Putra sememangnya menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti ditetapkan sejak jam 11 pagi lagi bagi menunaikan solat Jumaat.

“Apabila kapasiti jemaah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid dan menyebabkan ada jemaah yang hadir tidak dapat memasuki masjid. Sumber : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*