Kehidupan sebagai isteri kepada anggota tentera sememangnya tidak semudah yang disangka. banyak pengorbanan harus dilakukan seperti perlu berjauhan dalam tempoh waktu yang lama disebabkan tugas suami kepada negara.
Lama tak berjumpa
Rasa rindu yang bersarang dalam diri memang tidak dapat dinafikan. Jadi, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nhfbhj, dia telah memuat naik video melihat suaminya selepas 5 bulan tidak bertemu di tepi jalan.
Suami minta support moral
Menurutnya, dia hanya dapat bertemu suami lebih kurang lima saat memandangkan lelaki tersebut bersama anggota-anggota tentera yang lain menaiki trak menuju ke tempat kursus di Melaka.
Perkara itu dilakukan bagi memenuhi permintaan suami yang mahu diberi kata-kata semangat ketika menghubunginya sebelum bertolak ke tempat kursus yang baharu.
Nampak happy betul
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa sebak melihat situasi tersebut.
Ramai juga yang berkongsi kisah yang sama terutamanya isteri-isteri anggota tentera apabila mengakui betapa peritnya menanggung rindu kepada suami namun terpaksa merelakan demi tanggungjawab dan tugas kepada negara.

Ramai yang kongsi kisah sama

Semoga korang terus berbahagia
“Mak kata awal2 rindu, dah 20 tahun tak heran”
Suami mohon doakan urusan mereka dipermudah
Sumber: TikTok @nhfbhj
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply