Pelakon dan pengarah filem popular, Hairul Azreen, 33, berkongsi cerita dirinya pernah digelakkan rakan sekerja mengenai impian besar untuk memiliki kereta mewah sewaktu dia bertugas sebagai tukang cat jalan raya pada 2007 lalu.
Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, dia tidak pernah lupa pada ins1den lama itu (digelak rakan sekerja) yang baginya menjadi bukti bahawa tidak salah untuk menyimpan angan-angan besar.
“Masih tak lupa masa saya kerja cat jalan 2007. Masuk kerja jam 12 tengah malam, habis kerja jam 5 pagi, sebab orang sudah siap nak pergi kerja.
“Tapi masa kerja itu, ada kereta-kereta ‘sport’ laju lalu sebelah saya, lepas itu saya apa lagi terus menjerit satu hari nanti, saya kerja rajin-rajin dan beli ‘sebiji’ (kereta).
“Selepas itu kawan yang kerja cat dengan saya cakap, ‘Kau apahal? Gil4!’,” katanya.
Pelakon filem Paskal itu juga percaya kata-kata juga sebenarnya doa, selain bekerja-keras memajukan diri demi mencapai sesuatu impian dihajati.
“Kalau inginkan sesuatu atau impian kita itu digelakkan kawan, maknanya impian kita itu besar dan bagus untuk kita tuju sebab kata-kata itu doa,” katanya.

Komen netizen:

Hairul Azreen dpt tawaran istimewa dari jut4wan Vincent Tan! – “Ini baru betul-betul geng kayangan”
BUKAN sahaja bercuti ke Pulau Redang dengan menaiki helikopter, malah pelakon Hairul Azreen sekeluarga turut berpeluang menikmati percutian di atas kapal layar mewah pada Ahad.
Berkongsi pengalaman itu, Hairul tidak menyangka dapat bertemu secara tidak sengaja dengan ahli perniagaan yang juga jutawan terkenal Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan.
Pelakon berusia 33 tahun meluahkan rasa teruja menerima layanan istimewa di atas kapal layar mewah (superyacht) yang dinamakan Asean Lady milik ahli perniagaan itu.
“Saya balik awal, tapi kami langkah kanan ke Pulau Redang ini sebab terjumpa salah seorang yang terkaya di Malaysia.
“Tan Sri Vincent Tan… lepas itu dia ajak naik superyacht Asea Lady. Rezeki anak-anak,” kata Hairul.

Terdahulu, pemilik nama Hairul Azreen Idris berkongsi video dia bersama keluarganya berada di atas kapal mewah milik jutawan berkenaan.
Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata netizen turut teruja serta mendoakan rezeki Hairul dan keluarga sentiasa dimurahkan.
Tan Sri Vincent Tan… lepas itu dia ajak naik superyacht Asea Lady.
“Rezeki anak-anak you… celik mata dapat jumpa jutawan Malaysia. Aku hidup separuh abad pun tak dapat merasa ini semua.
“Abang Hairul sentiasa berutung dan dimurahkan rezeki. Alhamdulillah… semoga keluarga semua dipermudahkan.
“Ini baru betul-betul geng kayangan!”komen beberapa netizen di perkongsian tersebut.
Hairul sekeluarga bercuti di Pulau Redang.
Sebelum ini, percutian Hairul bersama isterinya, Hanis Zalikha dan dua orang anaknya ke Pulau Redang, Terengganu menaiki helikopter perhatian netizen.
Pelakon itu turut dipuji kerana sanggup berbelanja besar demi memastikan keselamatan isteri dan anak-anaknya.
Untuk rekod, Hairul mendirikan rumah tangga dengan Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar, 4 dan Alisa Aisyah, 2.
Sumber: Harian Metro

Leave a Reply