Pelakon kontroversi Nonny Nadirah tampil semula mengemaskini akaun Instagramnya dengan hantaran terbaharu berbentuk sepotong video pendek. Kedengaran masih misteri, Nonny muncul memberikan ucapan kepada 587,000 pengikut media sosialnya itu.
Ringkas saja, kata Nonny sambi memegang bibirnya; “Selamat pagi.”Kemudian pada hari sama ketika sambutan Maulidur Rasul semalam, Nonny sekali lagi mengemaskini akaun Instagramnya dengan ucapan selamat malam.”Sweet dreams, good night,” ujarnya dengan video suku wajah penuh manja.

Kali terakhir Nonny membuat kemunculan di Instagram pada April lalu menerusi foto dirinya sedang berendam dalam sebuah besen besar berwarna merah. “Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 31, menghilang dari dunia seni selepas putus tunang dengan pelakon Niezam Zaidi tahun lalu.
Tidak semena-mena, pada Mac lalu, Nonny mengejutkan ramai dengan muat naik video seorang wanita berbaju putih berpenampilan menjolok mata dan mengenakan stokin jaring. Bagaimanapun wajah wanita misteri itu ditutup dengan alat pelindung muka. “Nonny tampil bertudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah pada Januari 2019.
Niezam Zaidi pernah angotai pasukan simpanan sukarela tentera. Sekali pihak Tudm tampil bongkarkan sesuatu.
SUSULAN penngkpan Niezam Zaidi yang terkait kes bahan terlarang, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan pelakon berkenaan pernah menganggotai pasukan itu atau Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).
Kekeliruan itu muncul selepas beberapa foto Niezam dalam pakaian seragam TUDM digunakan bagi mengiringi berita berkenaan. Bahagian Perhubungan Awam, Markas TUDM Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan menjelaskan, foto tersebut telah mencalarkan imej dan memberi gambaran negatif terhadap pasukan tersebut.
“Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh beberapa media, blogger dan pengguna media sosial berkenaan seorang artis ditangkp kerana memiliki bahan terlarang telah disensasikan dengan penggunaan gambar beliau berpakaian juruterbang TUDM.
“Isu ini telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta mencalarkan imej TUDM,” ujar kenyataan tersebut. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan pelakon Niezam Zaidi pernah menganggotai pasukan itu atau Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).
Pelakon Niezam Zaidi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Selasa atas tuduhan memiliki bahan terlarang. Tambahnya, pelakon berkenaan menggunakan pakaian seragam juruterbang TUDM semasa menjalani penggambaran sebuah drama bertajuk ‘Gempur Wira’.
“Artis berkenaan sama sekali tidak pernah berkhidmat dengan TUDM serta Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM). “Gambar dia berpakaian juruterbang tersebut adalah semasa memegang watak sebagai juruterbang TUDM dalam sebuah drama bertajuk Gempur Wira,” ujarnya.
Dalam pada itu, pihak TUDM meminta agar pihak media, blogger dan pengguna media sosial untuk tidak mengaitkan artis tersebut dengan TUDM dan menurunkan semula gambar yang digunakan. Terdahulu, Niezam bersama pengarah Mohd. Latiff Zami, 49 dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 47 telah ditahan pihak polis dalam satu serbuan yang dibuat di sebuah inap desa di Kuala Kangsar pada 7.15 pagi.
Dalam serbuan tersebut, pihak polis menjumpai bahan terlarang jenis seberat 1.45 gram dipercayai milik pelakon dan pengarah terbabit. Pemeriksaan di bilik penolong pengarah pula menjumpai di atas lantai bahan terlarang jenis seberat 0.38 gram.
Niezam Zaidi merupakan antara pelakon drama rantaian terbaharu, Cindai, memegang watak sebagai Haniff. Dibintangi Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose dan ramai lagi, drama arahan Azman Haji Yahya atau Jinggo ini menemui penonton menerusi slot Samarinda TV3 mulai 23 Disember 2019.
Biodata
1. Nama sebenarnya, Mohd Niezam bin Mohd Zaidi. Menggunakan nama komersial, Niezam Zaidi. 2. Kelahiran Ipoh, Perak pada 26 Oktober 1992. Dibesarkan di Kampung Seri Manjoi. 3. Berumur 27 tahun.
4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur. 5. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik. 6. Merupakan seorang pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010. 7. Bakatnya dicungkil oleh penerbit filem, David Teo, yang memperkenalkannya sebagai antara muka baharu Metrowealth Pictures seangkatan dengan Wawa Zainal, Shima Anuar, Mikail Andre dan Adibah Yunus.
8. Antara drama dibintanginya seperti Bini-Bini Perkasa, Diandra, Mencintaimu, Ainur Mardhiyah dan Gempur Wira. 9. Termasuk telefilem Misteri Bulan Madu, Last Kopek, Bedah Motor, Menantuku Rock, Saka Zain Jusoh dan banyak lagi.
10. Penglibatannya di layar lebar antaranya menerusi filem Adnan Sempit 3, Longkai, Highland Tower, Jalan Puncak Alam, Mat Moto, Hantu Bungkus Ikat Tepi dan Kawanku Mti Dalam Rumah Sewa. 11. Laman sosial Instagramnya, @niezamzaidi sehingga kini sudah mencecah lebih 310,000 pengikut.
Fakta Menarik
Kemunculan pertama di layar kaca menerusi drama Diari Platun, manakala pembabitan sulung di layar perak menerusi filem Budak Pailang yang diterajui Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Penglibatan beliau di layar perak kebanyakannya menerusi filem-filem keluaran Metrowealth.
Meninggalkan Metrowealth pada Mac 2015 kerana ingin meneroka lebih banyak peluang kerja bersama produksi lain. Menerima pencalonan dalam kategori Hero Baru Terhebat di Anugerah Blokbuster ke-2 (2013) menerusi filem Budak Pailang, namun gagal meraih kemenangan.
Lepas beberapa jam dibebaskan dengan ikat jamin. Sekali ini pula kata kata Niezam Zaidi buat ramai yang terkedu.
SELEPAS beberapa jam bebas dengan ikat jamin melibatkan kes bahan terlarang, pelakon Niezam Zaidi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram. Niezam atau nama sebenarnya Muhamad Niezam, 29, meluahkan rasa syukur dengan apa yang terjadi dan berterima kasih kepada semua yang mendoakannya.
Bagaimanapun, Niezam memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu yang melanda dirinya. “Assalamualaikum semua, saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua. Niezam kongsi perkara tersebut di Instagram.
“Saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu komen sahabat handai, media dan rakan-rakan seperjuangan melalui DM, WhatsApp, call dan sebagainya. “Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas apa yang terjadi dan jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini.
“Semoga Allah merahmati kalian. Buat masa sekarang, saya simpan apa-apa komen mengenai isu ini. Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati,” ujarnya. Sementara itu, rata-rata peminat dan rakan artis memberika sokongan kepada pelakon berkenaan dan meminta Niezam untuk menjadikan perkara itu sebagai pengajaran.
“Semoga dipermudahkan urusan. Gagal hari ini tak semestinya gagal selama-lamanya,” ujar Zoey Rahman. Buat masa sekarang, saya simpan apa-apa komen mengenai isu ini. “Allah nak bagi yang terbaik untuk kau. Dia sebaik-baik perancang.
“Berubahlah untuk diri sendiri dan kuatkan semangat” ujar beberapa warganet. Terdahulu, Niezam bersama dua lagi individu iaitu Mohd Latif Zami, 49, dan Saiful Zaidrin, 43, mengaku bers4lah atas tuduhan memiliki bahan terlarang di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak pada Selasa.
Ketiga-tiga mereka tiba di bangunan mahkamah kira-kira jam 12 tengah hari Selasa dengan pakaian lkp polis berwarna ungu. Niezam dikatakan memiliki 1.15 gram barang berbahaya jenis knbis yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 6 membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau ditahan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Niezam ditahan dalam bilik berasingan dalam satu serbuan di sebuah rumah inap desa di Kuala Kangsar, Perak. Niezam mengaku bersalah atas tuduhan memiliki bahan terlarang. Mohd Latif turut ditudh atas kesalahan sama kerana memiliki 0.3 gram bahan terlarang jenis di bawah seksyen sama.
Sementara itu tertuduh ketiga, Saiful Zaidrin pula didakwa memiliki 0.38 gram bahan terlarang jenis yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 12 (2), membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau ditahan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pada prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi meminta jaminan sebanyak RM6,000 bagi tertuduh pertama dan kedua manakala RM8,000 bagi tertuduh ketiga.
Pada Isnin mStar melaporkan artis dan dua kru iaitu masing-masing pengarah dan penolong pengarah dithan dalam bilik berasingan dalam satu serbn di sebuah rumah inap desa di No 835, Persiaran Jati Chandan Putri 2, Kuala Kangsar, Perak.
Azad Jasmin beri nasihat buat Niezam Zaidi. Sekali Pak Azad rasa Niezam diperangkap.
Dia menyifatkan Niezam seperti diperangkap selain memintanya untuk menjaga diri. Berita penahanan Niezam Zaidi yang disyaki terlibat dengan kes penyalahgunaan bahan terlarang ternyata mengejutkan ramai, malah rata-rata peminat turut tidak menyangka pelakon berusia 29 tahun itu akan berbuat demikian.
Pak Azad Titip Nasihat
Menjengah ke hantaran terkini Niezam kira-kira seminggu yang lalu, di ruangan komen peminat membanjiri dengan pelbagai ucapan dan doa buat pelakon M4M4 ini. Tidak terkecuali rakan selebriti seperti Azad Jasmin turut menitipkan sebuah ucapan buat Niezam.
Menurut Azad atau lebih mesra disapa sebagai Pak Azad, dia menyifatkan Niezam seperti diperangkap selain memintanya untuk menjaga diri. “Kami tahu bahawa awak telah diperangkap..jaga diri Zam..” tulis Pak Azad.
Dalam pada itu, dia turut berharap agar pelakon kelahiran Ipoh, Perak ini dapat jadikan isu yang dihadapinya sebagai sebuah pengajaran. “Jadikan ini satu pengajaran hidup hang bro..”katanya lagi.
Terdahulu, industri dikejutkan dengan berita penahanan tiga orang lelaki masing-masing merupakan pelakon, pengarah serta pembantu pengarah. Kesemua mereka ditahan selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6, dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Ketika ditahan, ketiga-tiga suspek berada di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, di Kuala Kangsar dan hasil pemeriksaan menjumpai bahan disyaki gnj4 dianggarkan seberat 1.45 gram selain sybv dianggarkan seberat 0.38 gram dengan nilai rampasan sebanyak RM270. Malah botol plastik yang diubah suai untuk kegunaan mengambil barang terlarang turut dirampas. Sumber : Murai.my
Tak nak balik walaupun kepimpinan kerajaan dah bertukar. Caprice tampil dedahkan satu rahsia sekali tiba tiba Pak Azad masuk live.
PETALING JAYA – Penyanyi rap, Caprice mengakui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuatkan dirinya berasa tidak selamat di Jordan dan takut untuk pulang ke tanah air. Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli melalui sesi Live di Instagramnya tadi berkata, dia berasa kusut sebaik sahaja mendapati media di Malaysia melaporkan PDRM meminta bantuan Interpol untuk menghubunginya.
“Saya dah beli tiket nak balik Malaysia, tapi bila baca berita kata Polis minta tolong Interpol cari Caprice, Caprice terus koyak tiket. “Bila polis dengan Interpol cari macam ini, memang tak lah Caprice nak balik Malaysia,” katanya.
Caprice turut mengakui dia berasa takut dan berasa kusut apabila mengetahui dirinya sedang dicari oleh pihak polis susulan laporan polis yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ebit Lew. “Makin lama saya ada rasa takut sikit sebab semuanya semakin pelik.
“Hidup saya kusut sedikit pagi tadi selepas media di Malaysia melaporkan PDRM hendak minta tolong Interpol cari saya di sini,” ujarnya. Terdahulu, PDRM telah memohon bantuan Interpol bagi berhubung dengan aktivis kemanusiaan, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Sebelum ini, Ebit Lew membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadap beliau menerusi laman sosial baru-baru ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Pada 10 Ogos lalu melaporkan polis sedang berhubung dengan Caprice dan Muhammad Nadir Al-Nuri untuk menetapkan tarikh diambil keterangan.
Ashari memberitahu, tindakan tersebut dilakukan berhubung laporan yang dilakukan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 21 Julai lalu. Difahamkan, tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membabitkan kenyataan di media sosial.
Dalam pada itu Caprice dalam Instagramnya mengalu-alukan pihak polis menghubunginya. Berita berkaitan: Tidak kenal Syarikat Hala, masuk Gza melalui bantuan Kedutaan “Orang kata, ada pihak cari kita? Amman to Ramallah. Siapa-siapa tengah cari, polis ke, Interpol ke, mak mertua ke, Zizan untuk ‘keychain’ Firn ke, boleh WhatsApp saya.
“Nombor (telefon) ada di ‘bio’ Instagram,” tulisnya. Pada Julai lalu Ebit Lew membuat laporan polis serta mengadakan sidang akhbar menafikan dakwaan Nadir dan Caprice berhubung isu bayaran wang kepada pihak tertentu untuk memasuki Gza. Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Kesksn, Seksyen 504 kanun yang sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply