Nak ikut jejak Fizo Omar. Kali ni giliran Nazim Othman dan Uyaina Arshad pula buat ramai yang teruja.

Sejak beberapa hari ini berita mengenai perkahwinan pelakon dan usahawan Fizo Omar telah jadi perhatian ramai. Berita baik ini menjadi tanda tanya ramai pada awalnya kerana Fizo Omar hanya memuat naik satu posting dirinya berbaju melayu serba putih bersama anaknya, Maryam. Bagaimanapun, Nazim Othman yang juga seorang pelakon tidak mahu kalah dengan turut memuat naik beberapa foto dirinya berbaju pengantin dengan figura wanita di sebelahnya. Berikut adalah foto yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya itu:

 

Apa yang jadi perhatian ramai adalah kapsyennya itu iaitu “Mengikut jejak langkah idolaku, Fizo Omar”. Perkongsiannya itu membuatkan ramai tertanya-tanya adakah benar pelakon ini sudah bernikah. Bagaimanapun, di perkongsian Uyaina Arshad pula kelihatan video pengantin Nazim Othman yang berbusana lengkap bak raja sehari. Rupa-rupanya video dan foto tersebut adalah untuk sebuah drama baharu lakonan mereka. Berikut adalah video pengantin Nazim Othman dan Uyaina Arshad tersebut:

Tanda tanya akhirnya terjawab. Berikut adalah antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen kedua-dua perkongsian tersebut: “Tak tau nak cakap tahniah ke tak..Tak pasal2 orang ingat betul2 nikah. Makin tak sabarlah nak tengok cite ni”

“Ini ke berapa kali ber (lakon) nikah? Kakak doakan my adik segera menikah di saat yang tepat”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HCL

Ramai yang puji isteri Fizo Omar cantik. Terkejut bila tiba tiba Mawar masuk komen macam ni.

PERSOALAN warganet mengenai status Fizo Omar terjawab apabila pengurus aktor itu mengesahkan pelakon berkenaan selamat bergelar suami dalam satu majlis yang diadakan pada pagi Khamis. Pengurusnya Mimi berkata, majlis diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang kira-kira pukul 10 pagi.

Mimi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti isteri kepada pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu kerana mahu memberi peluang kepada Fizo mengumumkannya sendiri.Katanya, Fizo akan mengumumkan dan berkongsi maklumat terperinci mengenai perkahwinannya itu dalam masa terdekat.“Alhamdulillah pagi semalam (Khamis). Fizo buat majlis secara tertutup hanya famili terdekat sahaja yang datang

Fazeera berasal dari Sarawak merupakan bekas pramugari. “Tunggu nanti InsyaAllah Fizo sendiri akan umumkan dan dedah siapa suri hati dia,” katanya ketika dihubungi mStar. Sementara itu, hasil carian mStar beberapa laman sosial mendapati isteri Fizo itu dikenali dengan nama Fazeera Nazri.

Tunggu nanti InsyaAllah Fizo sendiri akan umumkan dan dedah siapa suri hati dia. Fazeera yang juga merupakan bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan berkongsi dua keping gambar mengenakan baju pengantin dan turut menggunakan gambar profil Fizo berbaju Melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam.

Foto pertama yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki (tanpa menunjukkan wajah) sedang menyarung cincin ke jarinya dengan kapsyen Alhamdulillah. Fazeera yang dipercayai berasal dari Sarawak bagaimanapun menutup ruangan komen pada akaun miliknya itu.

Sama cantik sama padan. Pada malam Khamis, Fizo berkongsi sekeping foto memakai persalinan baju melayu berwarna putih bersama anak perempuannya di Instagram. Walaupun tidak mengesahkan tentang khabar gembira itu namun Fizo memberi bayangan dia kini sudah keluar daripada kumpulan selebriti berstatus duda.

Mawar Karim Masuk Komen?

Dalam pada itu,dalam warganet mengucapkan tahniah dan memuji kecantikan isteri baru Fizo Omar, ada satu komen di tinggalkkan yang di percayai dari Mawar Karim. Komen ringkas di satu protal berita tempatan tersebut telah mendapat 699 tanda suka

Untuk rekod, Fizo atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, 36, pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun berpisah pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Tular gambar lengkap berbaju melayu putih. Ramai yang tak senang duduk bila tengok gambar tu.

PETALING JAYA – Khabar angin yang ‘bertiup’ sejak minggu lalu yang mengatakan bahawa pelakon Fizo Omar bakal menamatkan zaman dudanya pada hari ini (21 Oktober 2021) semakin jelas apabila pelakon itu dilihat memuat naik foto lengkap berbusana baju Melayu rona putih.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, dalam Instagram sekitar satu jam lalu, kelihatan pelakon itu turut bersama anaknya, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. “Ok Abe Joe (panggilannya) keluar group ‘terpakai’ dulu,” tulisnya sambil memetik tiga nama kenalan artis iaitu Nazim Othman, Sharnaaz Ahmad dan Azlee Khairi.

Meninjau dalam ruangan komen, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan selebriti. “Untunglah dah ada ‘pembeli’. Aku masih duduk dekat ‘show room’ lagi,” komen Nazim Othman.

Berdasarkan komen yang turut ditinggalkan peminatnya dalam Instagram, terdapat cakap-cakap memberitahu bahawa Fizo akan menikahi wanita berasal dari Sarawak. “Dengar-dengar dengan gadis Sarawak,” komen seorang pengikutnya.

“Dengan gadis dari Sarawak,” ujar seorang lagi pengguna Instagram. Bagaimanapun, kesahihan tentang pernikahan Fizo pada malam ini masih belum dipastikan. Terdahulu Fizo telah mendirikan rumah tangga dengan Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam. Bagaimanapun pasangan itu telah berpisah pada Julai 2019. – K! ONLINE

Dalam diam tiba muncul pula khabar angin Fizo Omar nak nikah 21 oktober ni. Sekali ini pula kata kata dari bekas isteri.

Tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Itu peribahasa yang sesuai apabila muncul desas-desus yang mengatakan pelakon Fizo Omar bakal menamatkan zaman duda pada 21 Oktober ini. Bekas isteri usahawan tersebut iaitu Mawar Abdul Karim mengakui Fizo ada memberitahu dia sedang berkawan dengan seseorang dan serius dengan perhubungan itu.

Kata Mawar, 32, Fizo juga pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin tahun ini tetapi tidak dikongsikan tarikh. “Dia memang ada beritahu sedang berkawan dan serius dengan seseorang. Dia ada cakap nak kahwin, tapi tak tahu bila.

Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam perancangan tapi tak tahu bila. Kira okaylah dia beritahu saya. Dalam pada itu, Mawar turut mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu jika apa yang diperkatakan itu benar.

“Dia cakap lama dah soal ini. Saya kata okay dan syukur. Jadi, saya doakan yang terbaik buatnya. Semoga dapat belajar dari kesilapan, lebih matang dari segi keputusan. Sekali lagi, kita doakan yang terbaik.”

Namun masih tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Hafizol Wan Omar sendiri. Terdahulu, Fizo dan Mawar berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Oh Bulan

Kagum dengan usahawan di Kelantan. Kini Fizo Omar mahu bina sesuatu dengan niat nak galakkan orang ramai berbuat baik.

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar tampil menjelaskan mengenai sekeping foto ‘membina masjid’ di laman Instagram miliknya sehingga mengundang salah faham orang ramai.

Pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar itu terpegun dengan seni bina masjid Ar-Rahman di Kota Bahru, Kelantan itu selepas membuat kunjungan semalam.

“Pada masa kini untuk saya mendirikan ‘masjid’ (berkahwin) belum lagi. Tapi cita-cita untuk membina masjid, insya-Allah memang ada. Saya cuma terpegun dengan keindahan seni bina masjid tersebut dan ingin menggalakkan orang kita (Islam) dalam kalangan usahawan untuk mengikut jejak langkah pemilik masjid ini yang juga merupakan seorang usahawan berjaya. Masjid ini dibina dengan kos RM6 juta. Itu mesej yang hendak saya sampaikan,” katanya.

Malah, pelakon berusia 36 tahun itu sememangnya menyimpan hasrat bagi membina sebuah masjid sekiranya berkemampuan di masa akan datang.

“Insha-Allah saya juga berhajat untuk membina sebuah masjid atas nama kedua-dua ibu bapa saya satu hari nanti. Saya sebenarnya lebih terinspirasi kejayaan usahawan apabila dapat membina sebuah masjid. Sebenarnya tidak perlu pun hendak membina masjid yang mewah. Tapi kalau mampu, tidak salah buat sebuah masjid yang gah,” ujarnya. Sumber: Instagram Fizo Omar , Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi)

Bila buka je keluar air keruh warna coklat. Tak boleh berdiam sekali Fizo Omar luahkan sesuatu buat ramai yang terkedu.

Apabila pelakon dan selebriti usahawan, Fizo Omar, 36, meluahkan kekecewaan mengenai isu air di Kelantan, ramai kalangan pengikut dan peminatnya yang mungkin berasal daripada negeri yang sama berkongsi pendapat yang sama dengannya.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya hari ini, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, menyentuh mengenai perkara itu dengan memuat naik satu video yang memaparkan dia sedang membuka paip air namun keruh dan berwarna coklat berkarat.

“Bukan nak merungutlah. Tetapi sebagai rakyat, saya rasa patut saya bersuara tentang kualiti air di Kelantan. “Dan isu ini bukan baru hari ini. Sudah bertahun dah macam ini. Isu air ini adalah keperluan harian dan tiada pilihan lain selain dari air paip kerajaan,”katanya.

Selain itu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga mengaku tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak namun menerusi hantaran di media sosial itu, ia adalah satu usaha untuk menyedarkan pihak atasan supaya segera bertindak menangani isu.

“Kepada mana-mana pihak yang berkaitan, saya mohon maaf sekiranya hantaran ini membuatkan mana-mana pihak tidak selesa. Tetapi ini adalah hakikatnya! “Diharap suara saya ini didengar dan diambil tindakan untuk kebaikan semua rakyat Kelantan,”katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dengan ada antaranya menyifatkan Fizo berani melontarkan isu yang serius dan telah membelenggu rakyat Kelantan sejak sekian lama itu. “Setuju dengan Fizo bab air Kelantan ini. Dilema kalau masa balik kampung bila sampai masa nak gosok gigi terutamanya. Air bau selut dan bau karat,” kata pengguna akaun Fizanordin.

“Dari dulu sampai sekarang, masalah air tak selesai-selesai. Balik Kelantan saja mesti stres dengan ketiadaan air.Kadang-kadang, berkarat. Nak mandi kena pergi rumah atok. Nak basuh kain kena pergi dobi kalau tidak, habislah baju kotor kena air karat. Masa nak gosok gigi atau ambil air wuduk pun geli bila nak berkumur,” tulis pengguna akaun haluseshahalam.

“Tak larat nak mengadu dah abang Fizo…Nasib baiklah rumah saya uini guna air telaga. Air kerajaan buat jirus pokok dan basuh kereta saja. Itu pun jarang-jarang. Tapi setiap bulan tetap kena bayar RM4.50 walaupun tidak digunakan,” luah pengguna akaun Miera_rahim

Ada pula lelaki yang salah guna kuasa sampai nak jatuh tlak bila isteri ambil vksin. Sekali Fizo Omar tampil ulas pesanan Ustaz.

Pelakon dan pengacara, Fizo Omar terkejut apabila ada suami yang menggunakan kuasa talak hanya kerana anti-vksin. Semalam tular satu mesej dari seorang isteri yang mengadu masalah serta status perkahwinanya selepas suami mahu menjatuhkan talak jika dia mengambil vksin C0vd19. Wanita itu yang sudah pun mengambil vksin secara sembunyi seperti meminta pendapat para ulama mengenai statusnya kerana buntu.

Fizo menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi perbualan mesej tersebut dan mengkritik tindakan suaminya.“Kalau betul lah wujudnya si suami macam ni kan….“Abe joe (Fizo Omar) tak boleh sentuh pasal hukum ni. Tapi sebagai lelaki, awak salah guna kuasa sebagai seorang suami tu bro, kot ya awak anti-vksin sekalipun, bukan lah sampai tahap jatuh talak bro,” tulisnya dalam kapsyen.

Mengulas mengenai vksin, Fizo memberitahu dia ada pernah mendapatkan pendapat dari seorang ustaz yang menyatakan adalah har4m jika seseorang itu membahayakan serta memudaratkan orang lain.“Pasal vksin ni memang bukan paksaan dan hak individu tu sendiri, tapi saya pernah bertanyakan pada ustaz dan jabatan agama, sekiranya kita tidak ambil dan keputusan kita itu boleh membahayakan dan memudaratkan orang lain, hukumnya Har4m disisi agama kita.

Perkongsian :

https://www.instagram.com/p/CTKX5-5F856/?utm_source=ig_embed&ig_rid=5d2083e9-c091-41eb-a584-aef386629292

Itu apa yg saya diberitahu lah.“Lagipun, pihak Agama, Kesihatan di negara kita dan seluruh dunia sudah pun iktiraf dan sahkan vksin ni halal dan harus di ambil,” jelasnya. Pun begitu, Fizo tetap mempersoalkan mengapa masih wujud golongan anti-vksin.

“Persoalannya kenapa masih wujud lagi isu anti-vksin ni.“Kalau masih ingat, sejak kita lahir, berapa jenis vksin dah pun disuntik dalam badan kita, alhamdulillah sampai sekarang Allah masih bagi nikmat kehidupan sihat ni.“Allah suka melihat hambaNya ikhtihar dan berusaha untuk menempuhi dugaan yang dihantar kepada kita semua.“We do our part, the rest we leave to Allah, the best planner!” luahnya. Sumber : Gempak

Boleh pula Suhaimi Saad tampil tanya vksin ni tuhan ke. Rupanya ini punca yang sampai buatkan dia terfikir macam ni.

Suhaimi Saad sentiasa melawan arus, pakai mesin basuh tak nak, hantar anak sekolah pun tak mahu. Sekarang zaman Cov1d-19 sah-sahlah Suhaimi anti vksin seperti yang dijangka. Di Instagram, banyak juga dia berbahas tentang isu ini dan pastinya ia menimbulkan perbalahan di antara dirinya dan warganet di luar sana. Seolah-olah kebal, Suhaimi langsung tak ambil peduli tentang haters. Baru-baru ini Suhaimi tanya vaksin ni Tuhan ke?

Nak masuk masjid semua kena dua dos dulu. Siap tanya, SOP ini siapa punya? Disertakan dengan hashtag #dajj4l. Nah, ini antara status yang dimuat naik. Sumber : Cari

Tular tentang logam melekat lepas cucuk vaksin. Tak boleh berdiam sekali penjelasan melalui sudut fizik buat ramai yang tergamam.

Kecoh di media sosial sejak beberapa minggu lalu selepas ada dakwaan penerima vaksin Covid-19 ada ‘kesan sampingan’ yang boleh melekatkan objek logam pada badan. Dah ramai yang menyangkal dkwaan ini dengan hujah-hujah mereka.

Tampil memberikan info mengenai dakwaan itu, seorang lelaki menjelaskan ‘kesan sampingan’ akibat vaksin itu melalui sudut fizik. Korang boleh tengok video yang dipetik dari Facebook Ajar kat bawah ni.

Mana ada magnet

Min pun tak sure siapa yang start dulu main letak-letak sudu garfu kat bahu lepas cucuk vaksin ni. Nasib baik ada page ni yang explain lebih pasal ‘kesan sampingan’ vaksin secara sains. Cerita dia memang takde magnet lah dalam vaksin.

Haa… min baca dua-tiga kali pun tak berapa nak tangkap lagi. Tapi yang pastinya memang takde lah magnet dalam vaksin. Vaksin tu cecair tau, bukan pepejal. Tiba-tiba nanti semua ada super power macam cerita superheroes. Yang bestnya semua ada power yang sama, semua nak jadi Magneto macam dalam cerita X-Men tu.

Terima kasih kepada brader dari page Ajar tu yang buat video penjelasan dari sudut sains dan fizik. Sampai sanggup potong garfu kat rumah tu semata-mata nak buat eksperimen.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*