Selepas single pertama Iqbal Zulkefli dilancarkan pada 1 November 2021 di saluran Youtube Rusa Music, ramai yang mulai bercakap kembali berkenaan pemuda tersebut.

Mengejvtkan, satu video yang dimuat naik oleh Youtube Rusa Entertainment telah kembali menghadirkan satu lagi kontr0versi berkenaan pemuda berusia 27 tahun itu apabila konten yang disajikan memperlihatkan Iqbal menabur duit bernilai RM70,000. Jelas kelihatan duit-duit yang dibaling berselerakan di atas lantai dengan seorang penyanyi lelaki mengutip dan membal1ng not Rm50 itu kembali.

Video : Klik link

Rata-rata warganet merasakan yang Iqbal seolah-olah tidak menghormati duit dan bimbang rezeki lelaki berkenaan ditarik oleh Allah S.W.T. Sumber :YouTube Rusa Entertainment & Terengganu tv
Ada yang puji lagunya bakal melangkah ke AJL. Sekali ramai pulak yang tak sabar dengar kemunculan lagu pertama Iqbal.
Cukup dengan hanya teaser 17 saat dengan bunyi latar hujan, ironi dengan judul lagu usahawan sensasi, lqbal Zulkefli, is sekaligus mencuit perhatian warganet. Berkongsi teaser lagu berjudul Hujan ciptaan anggota kumpulan Floor88 dan bintang GV7, Oja, ramai yang semakin teruja menantikan lagu penuh yang akan dilancarkan pada Isnin (1 November 2021) nanti.
“Scene hujan ini dirakann jam 1 pagi sama seperti kejadian sebenar,” cerita Iqbal pada hantaran video tersebut. Lagu yang difahamkan bernilai RM500,000 itu sebelum ini meraih perhatian ramai komposer termasuk dari Indonesia dan penyanyi rap Caprice.

Menerusi hantaran di Instagram Stories lewat malam Sabtu, Iqbal meminta pengikutnya mengundi untuk menggunakan nama komersial lqbal atau lqbal Zulkefli. Sementara itu, berikut antara reaksi terawal warganet berkenaan single pertama lqbal yang akan dilancarkan esok.“Okey tak sabar nak dengar, mesti sedap suara ni. Iim waiting,” kata @hasniza_yusoff. “Aku yakin lagu ni akan viral,” tambah @wan jinnnny96. “Ada iras-iras Imran Ajmain. Semoga sukses abang,” tulis @afiff.annran.

“Biar apa orang nak kata janji awak tahu apa yang awak buat dik, semoga berjaya dalam hidup,” tambah @azainipazmiahahmad. “Tahniah, teruskan perjuangan yang penting sabar,” dorong @kimangelyea. “Bakal melangkah ke AJL,” puji @norazira065. Sumber : Gempak
Makan masa 24 jam untuk siapkan. Iqbal dedah cerita kisah hidupnya dalam lagu Hujan bakal keluar 1 November ini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang kini bergelar usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk mengeluarkan lagu seterusnya sedang mencari komposer bersesuaian bagi tujuan berkenaan. Lalu menerusi satu hantaran terkini yang dikemas kini jejaka asal Kelantan itu, dia memaklumkan single sulungnya bakal dilancarkan pada 1 November depan. Lagu berjudul Hujan itu turut disertakan dengan muzik video rasmi yang bakal dimuat naik menerusi YouTube.

“1 November lagu saya yang bertajuk HUJAN (Official Music Video) bakal ditayangkan di Youtube Rusa Music. Mengisahkan tentang kisah benar, perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini. Terima kasih pengarah video muzik @ericfuzi_f88 sanggup menuruti kemahuan saya dengan penggambaran yang memakan masa 24 jam – bermula 6 pagi sehingga 6 pagi keesokan harinya,” tulisnya. Dia pada masa sama turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat selain sama-sama menulis lirik bagi lagu berkenaan.

“Saya menghargai karya komposer Zai Hamzah @achoifloor88 & @aku_oja tidak tidur banyak hari demi menyiapkan lagu saya. Tiga hari setelah menerima lagu terus ke sesi rakaman. Lirik sebahagiannya dari saya sendiri digabungkan idea bersama Zai Hamzah & Oja. Saya hargai semua krew, guru vokal yang bekerja keras. Berharap sudi bekerjasama lagi nanti,” jelasnya lagi. Perkongsian mengenai Hujan mendapat reaksi pelbagai warganet dan sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 15,000 tanda suka. Sumber : Media Hiburan
Banyak media yang tak henti henti siarkan drama DSV dan Iqbal. Sekali ini yang Izwan Azir Salleh minta sampai kaitkan isu pembelian ruang berita.
Penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Salleh memohon pada pihak tertentu untuk menghentikan ‘drama’ di antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida(DSV) dengan bekas pembantu peribadinya (PA), Ahmad Iqbal Zulkefli.
“Drama Begitu Zaman Kita Menonton Opah Atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu Dulu Bolehlah”
Menerusi laman Twitter, bekas pembaca berita TV3 ini menyifatkan drama sebegitu hanya dilayan pada era menonton drama popular Opah dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu sahaja. “Saya minta sangat-sangatlah media-media tertentu ni hentikan drama Iqbal dan DS Vida ni. Drama begitu zaman kita menonton Opah atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu dulu bolehlah. Ini dah tahun 2021! Takkan mentaliti kita tahap itu sahaja weyh?”- pesan Izwan.

Ada Faktor Pembelian Ruang Berita Untuk Menjual Cerita

Tambah Izwan lagi, dia turut mendedahkan terdapat faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada untuk menjual cerita sebegitu. “Saya tahu ada faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada ini supaya cerita begini dijual, dijaja tapi come on! Duit mereka lebih penting atau bentuk pemikiran anak bangsa kita pada masa depan yang lebih penting?”-Soal Izwan lagi.

Beri Pesanan Pada Peminat ‘Cerita Sampah’

Tegas Izwan, dia memberikan pesanan buat mereka yang mengikuti perkembangan kedua-dua figura tersebut tidak akan mendapat sebarang kebaikan waima kelebihan. “Kepada yang mudah terhibur dengan cerita ‘sampah’ dua manusia tu, ketahuilah, mereka kahwin atau tidak, dia buat lagu Caprice atau Floor 88 ke, tak letak nasi dalam pinggan kita, tak bayar hutang bank kita. Dia untung dapat trafik, kita dapat apa? Otak makin layu..”- kata Izwan.
Terdahulu, Murai.my melaporkan bahawa DSV akui telah terkena buatan sh1r daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Dia turut menegaskan bahawa ianya bukan lakonan selain meminta ustaz yang merawatnya mengesahkan perkara tersebut. Sumber : Murai.my
Terkejut. Iman Troye Dedah Iqbal Hadiah Cincin Buatnya Sampai Ada Yang Tertanya Terima Atau Tidak.
Menerusi akaun Instagram Story penyanyi baharu, Iman Troye, atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabudin, 19, dia ada berkongsi satu video yang memaparkan pembantu peribadi Dato’ Vida, Iqbal, memberikannya sebuah cincin ketika sedang mempromosikan lagu barunya bertajuk Nang. Hantaran video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet dan rata-ratanya mengusik Iman dan bertanyakan dia terima atau tidak pemberian cincin itu.



Ada juga warganet mengatakan muka Iman ada iras-iras Dato’ Seri Vida (DSV) dan mengatakan jika DSV ternampak video ini pasti akan marah dan kecewa. Iqbal mengatakan minggu hadapan akan keluar lagu baru. Sudah pun reda isu kisah percintaanya dengan DSV, kini timbul pula isu baru apabila Iqbal ada menyatakan ingin mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera.
Tidak memaklumkan atas tujuan apa dia ingin mencari pencipta lagu dia turut menawarkan kos sebanyak RM 500,000 ribu sahaja. Ada pihak yang mempertikaikan tindakannya itu mengeluarkan bajet yang rendah. Setengah juta itu termasuk kos untuk muzik video juga.

Dia ada mengatakan bahawa dia ada pengalaman dalam bidang nyanyian dan tidak mahu disamakan dengan pengasas produk lain. “Jangan samakan saya dengan pengasas lain, asalkan ada duit boleh buat lagu. Saya pernah juara nasyid negeri Kelantan dan naib juara peringkat Malaysia di radio. Selepas saya tawar RM 500,000 ribu untuk hasilkan lagu untuk saya menyanyi, memang ramai komposer dan penyanyi offer nak buatkan, ada antara mereka yang pernah hasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi popular lai.” Ada juga wakil komposer terkenal dari Indonesia yang hubungi saya nak buatkan lagu. Sekarang ni saya dah pening nak pilih siapa sebab semuanya bagus-bagus. Saya kena fikir dulu siapa yang terbaik sebab bukan sikit modal nak dikeluarkan.” katanya.

“Saya nak nyanyi lagu jiwang yang boleh sentuh hati rajyat Malaysia, mungkin dengan itu orang akan faham perasaan saya sedang lalui sekarang ini. Kegagalan untuk berkahwin dengan Dato’ Vida akan saya abadikan dalam lagu itu, biarlah satu Malaysia dapat rasa apa yang saya rasa sekarang.” Marilah kita sama-sama menunggu lagu baru yang akan dinyanyikan oleh Iqbal. Mesti ramai yang tak sabar menunggu minggu hadapan. Sumber : Rotikayanews.
Kecoh Iqbal Anak Bekas Menteri Gara Gara Campak Duit. Sekali Ini Latar Belakang Sebenarnya Dan Pernah Kerja Cuci Pinggan.
Iqbal terkejut apabila ada pihak yang mengaitkan dia sebagai anak Tengku Adnan. Sejak usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi bualan ramai gara-gara video mencampak duit dan menayang kemewahan, timbul pelbagai tanda tanya tentang sumber kekayaan yang dimilikinya. Rata-rata mula mempersoalkan tentang aliran kewangannya hingga mampu berbelanja mewah seperti yang sering dipamerkan di media sosial.
Lebih mengejutkan tiba-tiba sahaja tular petikan video rakaman temubual mStar yang diedit semula dengan kapsyen yang mendakwa dia merupakan anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Namun setelah disemak, dkwaan itu timbul hanya kerana secara kebetulan ahli politik itu mempunyai anak lelaki bernama Tengku Iqbal Munawwir. Mengakui terkejut dengan dakwaan yang ditularkan di media sosial dan aplikasi WhatsApp itu, Iqbal, 27, berkata dia tidak mempunyai kaitan dengan ahli politik berkenaan.

Malah dia meminta orang ramai agar tidak mencemarkan nama Tengku Adnan dengan kontroversi yang melanda dirinya pada ketika ini. “Saya terkejut juga apabila ada yang kaitkan nama saya dengan Tengku Adnan. Saya tak pernah jumpa beliau dan tak tahu kenapa orang cakap saya anak dia… muka sama ke? “Saya teringin juga nak jumpa Tengku Adnan tapi jangan la cemarkan nama beliau dan kaitkan dengan saya. Saya hanya budak kampung yang pernah kerja cuci pinggan.
Saya terkejut juga apabila ada yang kaitkan nama saya dengan Tengku Adnan
“Saya sangat mengagumi beliau. Mungkin suatu hari nanti saya boleh jadi ahli politik… jadi ikon anak muda,” katanya. Jadi bagi menjawab pelbagai persoalan tentang identiti Iqbal, mStar senaraikan latar belakang pemuda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.

1. Nama sebenar dan latar belakang pendidikan
Ahmad Iqbal Zulkefli dilahirkan pada 12 September 1994 dan berasal daripada Pasir Mas, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, Tumpat dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (3) sebelum meneruskan pengajian di Maahad Muhammadi Pasir Mas (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Dia kemudiannya menyambung pendidikan di peringkat diploma dalam bidang Penulisan Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
2. Latar belakang keluarga
Merupakan anak ketiga daripada lapan orang adik-beradik. Bapanya Zulkefli Dollah merupakan seorang guru dan Imam di Masjid Pasir Mas. Bapanya mendapat pendidikan pada peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Syariah Islamiah.

Sementara ibunya Maznuni Che Yusof yang berketurunan Cina Siam adalah seorang guru bahasa Arab, juga mendapat mendapat pendidikan dari Universiti Al-Azhar Mesir. Ibu bapanya berpisah pada tahun 2018. Namun ibunya telah pergi buat selamanya pada 20 Januari 2021.
3. Pekerjaan sebelum bergelar usahawan
Pernah bekerja sebagai pencuci pinggan dan menjual burger pada usia 17 Tahun di Terengganu dan Kuala Lumpur. Bercerita lanjut tentang kehidupannya, dia pernah hidup susah hingga terpaksa menyewa pada bahagian dapur sebuah rumah untuk dijadikan bilik tidur. Sewaktu belajar, Iqbal pernah meraih pendapatan sehingga RM13,000 sebulan dengan melakukan pelbagai kerja secara sambilan termasuk menulis artikel, menyunting video dan pemasaran.

Sebelum menamatkan pelajaran di Aswara, Iqbal mendakwa menerima tujuh tawaran kerja dengan gaji RM5,000 ke atas. Namun Iqbal memilih untuk bekerja sebagai pembantu peribadi kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida selepas tamat pengajian dan ditawarkan gaji RM1,400 sebulan. Selepas diberhentikan kerja daripada Vida Beauty, Iqbal memulakan perniagaannya sendiri iaitu serum dan minyak wangi dengan bermodalkan RM500. Sumber :Mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply