Selepas 25 Tahun, Akhirnya Farah Ann Sampaikan Berita Sedlh Buat Dunia Sukan Negara

RATU gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi sedia ucapkan selamat tinggal selepas bergelumang selama 25 tahun dalam dunia sukan itu.

Menerusi hantaran di laman Instagramnya itu, teka-teki sama ada dia mahu bersama pasukan kebangsaan akhirnya terjawab.

“25 tahun yang lalu seorang gadis kecil membuat keputusan untuk menyertai dunia gimnastik yang penuh cabaran. Kerana minat mendalam, saya memulakan perjalanan sebagai atlet yang akhirnya menjadikan sukan gimnastik sebati dengan diri saya.

“Kini selepas 25 tahun menceburi sukan ini, saya akhirnya bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal.

Farah Ann memuat naik gambar kenangannya semasa awal pembabitan sebagai atlet gimnas.

“Apa yang boleh saya katakan adalah terima kasih untuk semua kenangan dan pengalaman indah yang saya alami sepanjang menjadi atlet gimnastik. Kepada semua orang yang saya temui sepanjang perjalanan, atas segala bimbingan, kasih sayang dan sokongan, terima kasih. Ia adalah perjalanan seumur hidup dan saya sudah memberikan yang terbaik, perasaan, semangat dan dedikasi saya,” katanya yang dipetik dari laman Instagramnya pada Sabtu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Ann OLY (@farahann94)

Status pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu sebelum ini menjadi tanda tanya apabila belum memberikan sebarang perkembangan termasuk surat persaraan kepada Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).

Aksi Farah Ann dalam salah satu kejohanan yang disertainya.

Malah menurut Setiausaha Kehormat MGF Afrita Ariany Nasril, Farah Ann masih tersenarai untuk Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 23 Mei depan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*