“Saya Tidak Pernah Ada Barang Tak Ori,”- Iqbal Zulkefli Nafi Dapat Jam Tangan Rolex Tiruan

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli telah memuatnaik video dia menerima jam tangan jenama mewah. Jam tangan mewah berjenama Rolex itu dikatakan bernilai RM100,000 daripada seorang usahawan wanita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Sedar dengan video itu yang menerima perhatian media dan netizen, Iqbal berkongsi tajuk berita dari portal hiburan dari netizen yang beranggapan jam tangan itu tidak asli. Malah ada yang mencabar Iqbal untuk bukti resit pembelian.

Dalam postingnya di IG Stories, Iqbal menjawab komen netizen yang mahu dia membuktikan harga sebenar jam itu.

“Saya tak tayang resit sebab hormat privasi kakak saya Datin @reenazach sebab tidak semua orang suka tayang macam saya. Tapi jika mahu, bila bila masa saya boleh tunjuk. Jangan sampai  yang lain juga saya tunjuk semua.”

“Pergi semak di butik sendiri pun boleh untuk kepastian. Jujur, sewaktu saya tiada berkemampuan dulu pun saya tidak pernah ada barangan yang tidak original.”

“Cuba tilik dekat-dekat adakah ini original atau tidak. Jam Rolex tidak dijual dengan mudah walaupun kita mampu. Saya menunggu lebih dua tahun.”- katanya di IG Stories.

Katanya lagi, dia sudah mengenali wanita itu sejak 10 tahun lalu ketika hidup susah sewaktu bersendirian ketika merantau ke Kuala Lumpur. Jadi dia bertanggungjawab untuk harus menjaga hubungan baik  ini dan menghormati privasinya.

Sumber: Muraim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*