Fazura seronok dapat berniaga di Pasar Siti Khadijah jadi tarikan pembeli

Pelakon cantik, Nur Fazura mendedahkan dirinya mempunyai impian untuk bergelar sebagai seorang peniaga selain pramugari ketika masih kecil.

Kini, impiannya untuk menjadi peniaga tercapai ketika mengunjungi Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Menerusi video yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya iaitu myfazura, dilihat Fazura dapat merasai pengalaman menjual sayur-sayuran di salah sebuah kedai di pasar tersebut.

“Saya teringin nak rasai sendiri pengalaman menjual di Pasar Siti Khadijah dengan peniaga-peniaga wanita yang ada di sini.”kata isteri kepada pelakon Fattah Amin.

Apa yang lebih membuatkan pelakon berusia 39 tahun itu teruja adalah dia berjaya melayani seorang pelanggan yang datang hendak membeli sayur di situ.

“Alhamdulillah, apabila ada pelanggan yang datang membeli, rasa tercapai impian saya nak menjual itu,”ujarnya lagi video Fazura Ke Pantai Timur.

Difahamkan, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin berkongsi video perjalanannya ke rumah jurumekap peribadinya bagi merasai sendiri pengalaman menyambut perayaan Aidiladha di Kelantan.

Pada masa yang sama, pelakon itu turut berkongsikan beberapa akviti menarik yang dilakukan olehnya semasa berada di negeri tersebut seperti mengunjungi Masjid Ar-Rahman, Pulau Nami, persembahan wayang kulit dan berpeluang menjadi tukang karut.

Tonton klip penuh :

 

Lakonan Fattah Amin Dianggap ‘lain dari lain’ Dalam Mat Kilau, Johan Ariff Kongsi Rasa Terpukau 3pagi lihat Depan Mata

Menerusi satu perkongsian yang dikongsikan di laman Tlktok berkenaan pujian yang diberikan kepada Fattah Amin benar benar membuka mata para peminat untuk terus menyokong filem tersebut kerana banyak detik detik para pelakon yanga bersengkang mata untuk menghasilkan satu lakonan yang mantap dan padu untuk para penonton.

Dalam keratan klip yang dikongsikan itu, Johan Arif mendedahkan bahawa beliau begitu terpukau dengan lakonan rakan artisnya iaitu Fattah Amin dalam filem Mat Kilau tersebut.

Menurut apa yang diperkatakan oleh Johan Ariff, beliau sebagai artis yang telah lama berada dalam industri sendiri terkejut dan terpukau apabila melihat lakonan Fattah Amin kerana Fattah membawa watak Awang dengan begitu baik sekali.

Fattah menggunakan seluruh kudrat dan tenaga beliau untuk menghasilkan satu lakonan yang cukup memberi satu kepuasan kepada para penonton. Tambahan pula, Fattah dipuji lagi dengan kepakaran beliau dalam ilmu persilatan kerana ketangkasan beliau dlaam bersilat dapat disaksikan oleh ramai peminat termasuk para pelakon yang berlakon dalam filem tersebut.

@Sukasukeee:Suka atttitude dia..igt lagi time shooting Mat Kilau, Johan slalu buat live IG, dia selalu ckp yg baik2 pasal semua pelakon..

@amyraadrina:Fattah amin another level dah

@Xorn fake:selama ni fattah hanya tersilap pengarah

@Kai_Nizam:Adi Putra – Berkarisma
Beto Kusyairy – Karakter
Fattah Amin – Skill Art

@Zairina Ayue:Masa dia kena hentam dgn sharnaaz, fattah x pernah nk balas.so dkt situ dh mmg suka attitude dia.

@Dani.A:tapi yassin paling menyinar bagi saya.. mimik muka dia sepanjang movie sentiasa menghiburkan saya.

@syamsul maarif:Dah lama Fazura tau…. Kita jer yg lalai…

@Lemari Fiz Bundle :Fattah Amin very humble..suka attitude dia..n seorg pesilat xkan tunjukkn yg dia ada silat/seni mempertahankan diri melainkan dlm wktu kecemasan

@Dniel._.:fattah amin kan bekas atlet wakil peringkat kebangsan dulu..

@Shazzz:ayat yassin yg dekat jeti mase askar kutip cukai tuu meremang gile wooo

@CikSole:Silat awang fuhh lincah betul. Kalah mat kilau. Dengan pemanah dia tu lagi. Terbaik fattah

@It’s Me Ninie:Aura adi putra pon bole thn…ayat n bahasa2 yg dia ungkap, meremang rase

@akmaljamil27.:bagi aq paleng menyerlah dalam mat kilau mmg fattah amin…langkah dye x sumbang langsung walaupun belakon

@rphhh1:Apa yg saya perasan, barisan2 pelakon Mat Kilau ni, mereka memuji pelakon2 lain hebat dan tidak merasa mereka sendiri pun hebat.

@Naz:seriuslah..mmg best sgt filem Mat kilau ni.. br tgk mlm td. x smpt nk ngtuk. every scene mmg wow sgt.

View this post on Instagram

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)
Mengikut sumber dari klip tersbut juga, keberanian Fattah Amin juga perlu dijelaskan kerana babak yang memerlukan beliau menyelam pada pukul 3 pagi itu benar benar menguji mental Fattah sebagai seorang pelakon. Namun keberanian beliau menerima arahan yang diberikan hhasilnya memberi sebuah babak yang cukup menakjubkan dalam filem tersebut.

Apa apa pun para peminat mendoakan yang terbaik dan semoga filem seperti Mat Kilau akan terus dihasilkan dan memberi seribu satu pengajaran kepada masyarakat.

 

 

 

Sumber: sinetronmalaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*