Ibarat sudah bebas k.ns3r, tudung pun terbang. Itu antara reaksi warganet kepada penyanyi Elyana kini menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas memuat naik sekeping foto tidak lagi memakai tudung. Foto yang mengundang kejutan besar terhadap pengikut Instagramnya itu seterusnya mencetuskan pelbagai spekulasi, masing-masing berdebat mempersoalkan punca pelantun lagu Niat itu bertindak sedemikian rupa tanpa memikirkan kesan b.uruk terhadap imejnya. Paling menarik perhatian ramai ialah apabila salah satu foto dikongsi memaparkan dia memakai baju yang tertulis jadi diriku.
Lebih-lebih lagi, wanita itu juga turut menutup ruangan komen untuk hantaran foto yang memaparkan aksinya tidak bertudung. Bagaimanapun, percubaan untuk mendapatkan penjelasan sebenar daripada Elyana untuk memastikan sama ada gambar tersebut adalah foto lama ataupun baharu tidak berhasil kerana dia tidak memberi sebarang r.espons.
Beberapa hari lalu, pelakon drama Dunia Baru itu menempelak segelintir warganet yang mendvhnya menjaja kisah sakit k.ns3r demi untuk meraih simpati ramai. Berang dilempar tdvhan tersebut, dia turut menyuarakan hasrat untuk bersemuka dengan individu terbabit.
Elyana Tampil Jelaskan
Tindakan penyanyi dan pelakon, Elyana memuat naik gambarnya tidak bertudung dalam satu hantaran di Instagram mencetuskan reaksi berbeza daripada warganet. Ketika sebahagian meluahkan kerisauan mereka mengenai keadaan dirinya, segelintir lagi mengkritik dan mempertikai tindakannya yang seolah-olah mempersenda tuntutan agama. Elyana ketika dihubungi mengakui tertekan dengan tindakan segelintir warganet yang terus-menerus mempersoal caranya menutup aurat. “Betul, saya tertekan kerana warganet. I giveup, betul-betul giveup,” jawabnya ringkas.

Semalam, Elyana secara tiba-tiba berkongsi hantaran dipercayai gambar lamanya yang tidak berhijab. Namun, dia memadam semula gambar tersebut dan memuat naik sekeping foto baharu memaparkan dia memakai baju bertulis Jadi Diriku. Elyana dalam perkongsian sama turut memuat naik beberapa tangkap layar seorang individu yang secara b.iadab menegur penyanyi itu berhubung cara pemakaiannya dan mengajak untuk bersemuka. “Niat nak bagi nasihat, tetapi bi.adab. Mungkin dulu saya tak suka menjawab, tapi tidak adil untuk diri saya yang sering dih.na dan dip.jak,” katanya.
Sumber : Online Malaya

Leave a Reply