Pohon Doa Untuk Ainul Mardhiah, Ayah Tampil Dedah Keadaan Terkini Anaknya Buat Ramai Sebak

Ainul Mardhiah sebelum ini menunjukkan tanda positif untuk kembali sihat meskipun enam hari lepas dikejarkan ke dalam wad Unit Penjagaan Rapi. Khabar gembira itu dikongsi sendiri bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menerusi laman Facebooknya. “Doktor seronok tengok Ainul pagi ini, setiap hari tubuh Ainul beri respon yang positif. Dari tempoh kr.t1kal isnin lalu sehingga hari ini, anak kecil ini selalu tunjuk tanda yang bagus,” katanya.

Manakala ibunya, Nurul Erwani Zaidi menyatakan Ainul sudah dapat bersilang tangan semasa dia baring menandakan kesihatan semakin pulih dan mampu bergerak. Termenung memikirkan masa depan. Dua hari lepas sudah tidak ambil ubat tidur, Ainul berjaga sahaja, mungkin sebab lama sangat sudah tidur. Mama dengan walid bergilir jaga Ainul di Hospital. Semoga mama dan walid sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk jaga Ainul. Terima kasih sangat-sangat pada yang tidak putus mendoakan untuk Ainul, yang sentiasa bagi semangat pada kami. Ainul mampu dan kuat lawan k.vman yang j.hat dalam badan dia, Ainul memang seorang anak yang istimewa,” ujarnya.

Terdahulu, dilaporkan kesihatan Ainul Mardhiah semakin baik dan telah sedar sepenuhnya selepas hampir seminggu di rawat di PICU akibat j.ngkitan k.vman. Menurut bapanya, bacaan d.rh Ainul Mardhiah hampir normal semuanya manakala mesin v.ntilator serta banyak ubatan telah diberhentikan.

Doakan Ainul

Ainul agak teruk hari ni lepas dis.rang s.wan berulang kali semalam. Ini kali pertama Ainul kena s.wan. Dan ianya berlaku 4 5 kali dalam tempoh tak sampai 12 jam. Ainul nampak sangat berbeza sekarang. Ainul pernah banyak kali jatuh sakit sebelum ini, tapi saya nampak dia masih bertenaga untuk melawan walaupun diberi ubat tidur. Hari ini, walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan. Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan. Badannya kaku.

Saya menangis semahunya sejak sr.ngan berlaku tengah malam tadi. Saya tak dapat nak gambarkan apa yang saya rasa sekarang. Saya sangat sayang dengan Ainul. Doktor masih berusaha merawatnya. Kita semua sudah mendoakan yang terbaik untuknya. Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan. Jauh di sudut hati, Saya masih berharap keajaiban dari Allah swt. Semoga Allah swt izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata. Tapi apa lah daya saya. Saya tidak tahu manakala DIA tahu segalanya. Doakan untuk Ainul Mardhiah kami.

 

 

 

 

 

Sumber : Online Malaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*