Tampil Beri Teguran Buat Influencer Yang Jalinkan Hubungan Dengan Pasangan Yang Beza Agama, Sekali Ini Yang Ustazah Asma Cakap

Penceramah bebas iaitu Ustazah Asma Harun merupakan seorang penceramah bebas yang mana cukup dikenali oleh khalayak ramai. Beliau telah membuat satu perkongsian dan nasihat di laman sosial instagramnya tentang seorang influencer yang menjalinkan hubungan dengan pasangan bukan Islam. “Ya, agama kami berbeza tetapi saya tak faham kenapa ramai yang stres tentang perbezaan tu?” Jawapan yang diberikan oleh influencer tersebut mengenai hubungan yang dia jalinkan dengan orang bukan Islam tersebut telah menarik perhatian Ustazah Asma Harun untuk memberi nasihat dan percerahan tentang hubungan antara orang Islam dan bukan Islam.

Menurut beliau, lebih membimbangkan apabila mereka melakukan perkara yang tidak senonoh seperti berpeluk,cium dan tidak menutup aurat di khalayak ramai. Beliau menyatakan bahawa perbuatan yang mereka  akan memberi ketidakselesaan kepada masyarakat bahkan ianya juga akan menimbulkan salah faham tentang perbuatan itu seolah-olah menjadi suatu kebiasaan.

Hubungan antara orang islam dan bukan islam- Ustazah Asma Harun

Ustazah Asma Harun telah memberi pencerahan di laman sosial instagramnya ,terdapat beberapa situasi dalam isu hubungan yang berlainan agama ini. Situasi pertama iaitu situasi yang mana hubungan orang Islam sesama Islam yang mana menurut hadis sahih, Rasulullah SAW pernah bersabda:

تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الْأُمَمَ

“Kahwinilah kamu akan wanita yang penyayang, subur kerana aku merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.” (HR Abu Daud, hadis sahih)

Situasi kedua iaitu situasi yang mana hubungan orang Islam dengan bukan Islam. Beliau telah mengatakan bahawa Islam merupakan agama yang sangat indah ,menuntut kita berkawan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan agama serta menjaga hubungan dengan baik. Namun begitu, untuk dijadikan pasangan hidup islam meletakkan syarat yang mana kedua-duanya beragama islam. Semoga dengan nasihat dan perkongsian yang diberikan, dapat memberi pencerahan tentang isu ini. Sumber, Murai.my

Teruk Dikritik Sedutan MV Aliff Syukri, Kali Ni Ustazah Asma Harun Tampil Persoalkan Tindakan Usahawan Terbabit

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama penyanyi, Baby Shima yang bergelek untuk MV terbaharu mereka, Baby Sayang. Walau bagaimanapun sedutan MV yang dimuatnaik oleh Alif Syukri sebelum ini mendapat kritikan yang teruk oleh warganet sehingga dia bertindak untuk memadam segala hantaran di Instagram miliknya.

“Mereka Nak Cabar Siapa Sebenarnya?”

Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun menerusi hantaran di Instagram turut mempersoalkan tindakan usahawan terkenal yang dikatakan semakin berani melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT. “Di negara kita pula sedang tular klip video dua artis yang dalam proses mengeluarkan muzik video mereka. Rata-rata mengatakan pakaian dan tarian dalam video tersebut seperti pelakon yang tidak senonoh. Kedua-dua isu ini pernah ditegur oleh ramai pihak berkali-kali, namun kita lihat golongan seperti ini semakin berani melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Mereka nak cabar siapa sebenarnya? – Tulis Ustazah Asma.

Pelbagai Reaksi Warganet

“Harap pihak JAKIM buat kerja lah. Jangan double standard dengan golongan berduit ni.” “Ya Allah..beri hidayah pada golongan yang kosong jiwanya.” “Lagi ditegur lagi pelik perangainya terlalu biadap.” “Makin lama makin pelik-pelik isu sekarang.” Doa yang baik-baik sahaja lah ya. Semoga mereka yang terlibat diberi hidayah.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*