Elfaeza Ul Haq atau nama sebenarnya Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq merupakan seorang pelakon wanita Singapura yang aktif berlakon di Singapura dan Malaysia. Selain itu, beliau dilahirkan di Jurong, Singapura dan merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Beliau juga memulakan kerjaya dalam industri seni pada usia 18 tahun lagi. Seterusnya, beliau mula menyertai bidang lakonan pada usia 23 tahun dengan membintangan drama Impak Maksima the Series dan KL menjerit the Series pada tahun 2008 dengan mula memegang watak kecil sahaja. Nama beliau lebih dikenali apabila beliau membintangi drama Adam dan Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa pada tahun 2012. Di samping itu, beliau muka memakai tudung pada tahun 2015 ketika diundang sebagai penyampai trofi Anugerah Planet Muzik 2015 bersama Suhaimi Yusof.
Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik ienakedah menunjukkan beliau sedang diajukan soalan oleh Ustazah Asma’ mengenai jodoh. Elfaeza mengatakan beliau bersyukur apabila lelaki segan untuk mendekatinya. Respon yang diberikan oleh beliau itu menjadi buah mulut netizen. Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Elfaeza. Ada juga yang mengatakan akhirnya ada juga wanita yang faham perasaan beliau untuk tidak berkahwin. Ramai juga yang mengatakan bahawa mereka juga pernah lalui fasa yang sama sepeti Elfaeza.
Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 451.1K tontonan, 28.1K sukaan dan 295 komen. Jangan lupa untuk komen yang baik-baik.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@ummifaashaqie: Masyaa Allah..dia letakkan Allah no 1..sebab tu dia lebih berbahagia dgn ape yg Allah da tentukan UTK dia..moga ade jodoh yg tbaik UTK awak..Aamiin..
@Shima Kyoko: Rupenya ada jugak yg mcm sy.. Sy pun xde yg suke, yg approach, yg masuk meminang.. x memilih sbb mmg xde kesempatan tuk memilih alhamdulillah ok je
@umie.Nu: saya pernah terjebak suka seseorang,tp lepas Allah tunjuk itu bukan cara yg betul,sampai sekarang x terasa pun kerugian bila masih belum ad yg merisik
@whatstheprobdog5: sy ok je single.. sy pon x berminat nk ade amanah dan ttgungjwb.. sy lgsg x ingin mengenali sesiapa lelaki2 kt luar sne..org aproch pon, sy xnk
Sumber: rotikaya

Leave a Reply