[Terkini] ‘Aman Budak Periang..’ Anak Drjah 3 Ditemukn Iemas Di Sungai Ibok Ktika Mndi Bsama Rakan.

KEMAMAN – Seorang murid lelaki darjah tiga Sekolah Kebangsaan Ibok ma.ut akibat Iemas ketika mandi bersama dua rakannya di kawasan alur sungai berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Batu 9, Ibok di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, myat Muhammad Aman A. Suhimi, 9, ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi kanak-kanak tersebut diIaporkan hiIang.

Bapa mngsa, A. Suhimi Salleh, 58, mengakui terkjut dan mengetahui lnsiden terbabit melalui saIah seorang rakan anak bongsunya yang berlari meminta bantuan.

“Alur sungai tersebut sebenarnya cetek namun paras air meningkat dan arusnya agak laju disebabkan hujan lebat sejak pagi semalam.

“Saya hanya nampak selipar anak di tebing sungai sebaik tiba di lokasi kejadian dan arus air sungai memang laju.

“LuIuh hati menyaksikan myat anak diusung penduduk kampung naik ke darat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit F0rensik Hspital Kemaman di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua PoIis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi memberitahu pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Muhammad Aman telah mninggal dunia.

“Saya menasihatkan ibu bapa sentiasa memantau aktiviti anak sewaktu musim hujan ketika ini,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*